|
Mohamad Ezwandy (tengah) dikawal anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini. - NSTP/IZAD THAQIF HASSAN.
SUNGAI PETANI: Seorang duda dua anak dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar ganja seberat 21,885 gram, awal bulan ini.
Mohamad Ezwandy Mohd Nasir, 33, yang bekerja sebagai pemandu van dihadapkan di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan pada prosiding hari ini.
Dia didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 21,885 di sebuah rumah di Kampung Serukam Pinang Tunggal, di sini, pada jam 4.30 petang, 1 September lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39(B)(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 15 kali jika didapati bersalah.
Pendakwaan dikendalikan Inspektor Nurul Badriah Mohamed Esa, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan 13 November depan untuk sebutan semula sementara menunggu keputusan laporan kimia.
Pemandu van berkenaan ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah pada 1 September lalu dan hasil pemeriksaan berjaya merampas 21 ketulan mampat ganja bernilai RM52,500.
https://www.bharian.com.my/berit ... -dituduh-edar-ganja |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|