CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 23-10-2023 12:58 PM | Show all posts
55 tahun elak berjumpa wanita



Kigali, Rwanda: Seorang lelaki berusia 71 tahun, Callixe Nzamwita tinggal di sebuah rumah terpencil yang dikelilingi oleh pagar setinggi 15 kaki (kira-kira 4.5 meter) selama lebih 55 tahun kerana takut terhadap wanita, lapor Oddity Central.

Nzamwita yang ketika itu berusia 16 tahun bertindak sedemikian selepas berasakan ketakutannya terhadap wanita sudah tidak boleh dibendung.

Malah, dia juga tidak tahan berada di sekeliling individu yang berlainan jantina, apatah lagi bercakap dengan mereka.

Disebabkan itu, dia membina pagar kayu di sekeliling rumahnya dan sejak itu, tidak lagi keluar dari rumah.

Bagaimanapun, golongan wanita yang berada di kawasan tempat tinggal itu tidak menjauhinya, sebaliknya sentiasa menjaga Nzamwita dengan meletakkan bantuan berupa barangan makanan dan pakaian ke halaman rumah lelaki itu.

Walaupun lelaki itu tidak pernah membuka pintu untuk wanita, namun dia tetap menggunakan barangan yang diberikan kepadanya itu.

Seorang wanita berkata, tindakan Nzamwita itu pelik kerana mereka tidak pernah berdepan dengan situasi terbabit.

"Peliknya, walaupun dia takut wanita, kami yang membantu dia mendapatkan makanan dan beberapa perkara yang dia perlukan.

"Apabila cuba membantunya, dia tidak mahu kami mendekati atau bercakap dengannya. Sebaliknya, kami memberinya sesuatu dengan melemparkan ke dalam rumahnya, dan kemudian dia datang dan mengambilnya.

"Dia tidak membenarkan kami mendekatinya, tetapi dia masih mengambil apa yang kami berikan," kata wanita itu.

Walaupun dia tidak pernah benar-benar didiagnosis, Nzamwita dipercayai mengalami gynophobia, keadaan yang sangat jarang disifatkan sebagai 'ketakutan yang tidak masuk akal dan tidak rasional terhadap wanita'.

"Saya tidak mahu wanita di sekeliling saya kerana mereka menakutkan saya. Saya mengurung diri di sini dan mempunyai pagar di sekeliling rumah untuk memastikan wanita tidak akan mendekati saya," katanya.

Kisah Calixte mula mencuri perhatian dan menjadi tajuk utama berita pada Ogos lalu, apabila syarikat media di Afrika, Afrimax menyiarkan video mengenainya sebelum kisah lelaki itu tular.

Bagaimanapun, satu perkara yang tidak disebut oleh media adalah dari mana lelaki itu berasal, dan ia kelihatan agak ganjil.


https://www.hmetro.com.my/global ... lak-berjumpa-wanita

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2023 01:01 PM | Show all posts
Aksi ditunda, pemain terkena bunga api



JUANKAR kesakitan selepas terkena bunga api yang dibaling penonton. FOTO X

London: Perlawanan Liga Super Greece membabitkan Olympiacos dan Panathinaikos ditangguhkan selepas pemain terkena serangan bunga api awal pagi tadi.

Pertembungan dia musuh ketat itu kerap dianggap pertarungan 'derby' Eropah paling buruk dan perlawanan di Stadium Karaiskakis menepati jangkaan apabila berlaku insiden menakutkan lima minit babak kedua bermula.

Kedudukan terikat 1-1 ketika pasukan pelawat mengarahkan pemain gantian memanaskan badan. Namun bintang Panathinaikos dari Sepanyol Juankar terkena bunga api yang dibaling penonton.

Kenyataan media sosial kelab berkata: "Bunga api terkena pemain kami yang sedang memanaskabn badan. Juankar terbaring di atas padang mengalami kecederaan.

"Gangguan ketika perlawanan. Pemain kami berkumpul di bilik persalinan dan enggan meneruskan perlawanan."

Juankar, 33 yang beraksi di posisi pertahanan kiri menerima rawatan sebelum diusung keluar.

Panathinaikos kemudiannya memberikan kenyataan pemain mereka enggan meninggalkan bilik persalinan.

Mereka berkata: Satu jam sudah berlalu dan pemain kami masih di bilik persalinan."

Perlawanan terbabit akhirnya ditunda seperti yang disahkan oleh Panathinaikos di media sosial.


https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-terkena-bunga-api

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Corio fire: How mum ran into a burning shed and desperately tried to save her four babies from ferocious blaze - but only managed to save two who are fighting for life in hospital
By Charlotte Karp and Eliza Mcphee For Daily Mail Australia
03:49 BST 23 Oct 2023
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Meryl Streep SPLITS from longtime husband Don Gummer after 45 years of marriage as couple reveal they've been separated 'for more than SIX YEARS' but say they'll 'always care' for one another
By Jacqueline Lindenberg For Dailymail.Com
05:17 BST 21 Oct 2023 , updated 11:01 BST 21 Oct 2023
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2023 02:31 PM | Show all posts
ghalibboy replied at 23-10-2023 02:28 PM
Corio fire: How mum ran into a burning shed and desperately tried to save her four babies from feroc ...

berita apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2023 03:05 PM | Show all posts
Edited by tari at 23-10-2023 03:08 PM


ELAHEH Mohmmadi (kiri) dan Niloufar Hamedi dihukum penjara kerana melaporkan kematian Masha Amini. FOTO Agensi.

Tehran: Dua wartawan wanita Iran yang ditahan kerana melaporkan kematian Masha Amini hingga mencetuskan protes tahun lalu, dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Badan kehakiman negara itu dalam portal Mizan Online pada Ahad berkata, Elaheh Mohammadi dan Niloufar Hamedi didapati bersalah kerana bekerjasama dengan Amerika Syarikat (AS), berkomplot menentang keselamatan negara dan propaganda terhadap republik Islam.


Mohammadi, 36, dihukum penjara enam tahun, sementara Hamedi, 31, dipenjara tujuh tahun.

Kedua-duanya turut dikenakan tambahan penjara lima tahun kerana tuduhan berkomplot dan setahun penjara bagi propaganda.

Semua hukuman berjalan serentak, kata Mizan.

Mohammadi adalah wartawan akhbar Ham Mihan dan Hamedi adalah jurugambar bagi akhbar Shargh, sudah dalam tahanan di penjara Evin sejak Sept 2022 dengan perbicaraan kes mereka bermula Mei lalu.

Keputusan terhadap mereka keluar selepas peguam Amini, Saleh Nikbakht yang dihukum penjara setahun pada Selasa lalu.

Nikbakht dikenakan hukuman itu kerana propaganda menentang negara dan bercakap dengan media antarabangsa serta tempatan berhubung kes berkenaan.

Amini meninggal dunia dalam tahanan polis pada 16 Sept 2022 selepas ditahan polis moral di Tehran kerana melanggar peraturan pemakaian yang ketat bagi wanita.

Kematiannya mencetuskan protes besar-besaran di seluruh Iran dan global.


Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 03:10 PM | Show all posts


PENDUDUK Palestin berkumpul di hadapan masjid yang musnah akibat serangan Israel di Gaza. FOTO Reuters.

Gaza: Sejak 7 Oktober, sejumlah 31 masjid di Semenanjung Gaza musnah akibat bedilan serangan tentera Israel.

Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin dalam kenyataan pada Ahad berkata, serangan terbaharu memusnahkan lima masjid.

"Jumlah masjid yang musnah sepenuhnya sejak bermulanya serangan Israel ke atas Gaza meningkat kepada 31," kata kementerian itu.

Pada Sabtu, dilaporkan serangan pengeboman Israel turut memusnahkan bangunan awam seperti ibu pejabat kementerian, stesen radio al-Quran di bawah kementerian dan sebuah gereja.

Dilaporkan 10 kakitangan kementerian terkorban dalam serangan itu dan yang lain cedera.

Pejabat media kerajaan di Semenanjung Gaza berkata, serangan Israel mengakibatkan kerosakan teruk kepada tiga gereja

"Manakala separuh kediaman di Semenanjung Gaza rosak sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam tempoh dua minggu serangan," katanya.

Konflik Israel-Hamas berterusan lebih dua minggu dengan 4,651 rakyat Palestin terbunuh setakat ini termasuk 1,873 kanak-kanak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2023 03:15 PM | Show all posts

RAK membawa bantuan termasuk bekalan PBB bersedia memasuki Gaza menerusi lintasan Rafah. FOTO AFP.



Baru 4 peratus bantuan memasuki Gaza - agensi PBB
Gaza: Konvoi kedua trak yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin sudah memasuki wilayah Gaza menerusi lintasan darat Rafah di sempadan Mesir, semalam.

Menurut media Mesir yang dilapor Anadolu, lintasan darat itu dibuka selama dua hari berturut-turut dengan konvoi pertama membabitkan 20 trak memasuki wilayah pada Sabtu.

Bagaimanapun, Reuters melaporkan, tidak lama selepas konvoi kedua yang membabitkan 14 trak memasuki Rafah, satu daripada kereta kebal Israel didakwa melepaskan tembakan yang mengena sempadan Mesir.

Tentera Israel berkata, tindakan itu adalah tidak disengajakan.

Jurucakap tentera Mesir berkata, insiden terbabit menyebabkan beberapa pengawal sempadannya cedera.

Sementara itu, pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, jumlah bantuan yang memasuki Gaza setakat ini hanya empat peratus daripada purata harian sebelum perang.

Katanya, ia sebahagian kecil daripada apa yang diperlukan bagi menambah makanan, air, ubat-ubatan dan stok bahan api yang kehabisan.

Penghantaran bantuan kemanusiaan itu bermula selepas rundingan selama beberapa hari sejak konflik meletus antara Israel dan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Sekurang-kurangnya 4,651 rakyat Palestin terkorban akibat serangan Israel, manakala kira-kira 1,400 penduduk Israel maut dalam serangan Hamas.
TRAK membawa bahan api antara yang dilihat melintasi sempada Rafah memasuki Gaza. FOT AFP.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 03:18 PM | Show all posts

Ubat ramuan anggota badan haiwan terancam
Hong Kong: Tiga syarikat pengeluar ubat China dikesan menggunakan bahagian badan haiwan terancam sebagai bahan dalam produk mereka, menurut kumpulan alam sekitar.

Dalam laporan yang diterbitkan hari ini, badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar yang berpangkalan di London itu menggesa pelabur seperti UBS dan HSBC untuk melepaskan pegangan dalam syarikat, Kumpulan Beijing Tong Ren Tang, Farmaseutikal Tianjin dan Farmaseutikal Jilin Aodong.


Tiga syarikat itu antara 72 firma yang disenaraikan NGO terbabit menggunakan bahagian badan harimau bintang dan tenggiling yang terancam sebagai ramuan dalam sekurang-kurangnya 88 produk perubatan tradisional (TCM).

NGO itu berkata, mereka menumpukan kepada firma berkenaan kerana ia syarikat senaraian umum dan mengiklankan produk bersama anggota badan harimau bintang atau tenggiling di laman web.

Produk TCM terkenal dengan penggunaan pelbagai jenis anggota badan haiwan sebagai ramuan, malah pengeluar berkongsi secara terbuka keberkesanannya dan disenaraikan dalam pakej produk mereka.

"Amat mengecewakan untuk melihat begitu banyak bank dan institusi kewangan utama menyokong eksploitasi yang merosakkan ini.

"Mereka perlu lepaskan pegangan dalam syarikat pengeluar TCM yang menggunakan spesies terancam ini dengan segera," kata pakar polisi dan undang-undang NGO itu, Avinash Basker.

Menurut aktivis itu lagi, terdapat 62 institusi kewangan yang melabur dalam sekurang-kurangnya satu daripada tiga firma berkenaan, termasuk UBS, Deutsche Bank, HSBC Holdings, Citigroup dan BlackRock.

Dalam pada itu, NGO terbabit turut mendesak kerajaan China untuk melarang penggunaan anggota badan haiwan terancam bagi tujuan komersial di pasaran domestik.

Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan China bagaimanapun enggan mengulas.

Pindaan ke atas Undang-Undang Perlindungan Hidupan Liar China yang berkuat kuasa Mei lalu, melarang haiwan liar didagangkan untuk tujuan makanan, namun kebenaran masih diberikan bagi tujuan pembiakan dan penggunaan atas keadaan tertentu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:26 PM | Show all posts
Bayi tiga 'kepala'


BAYI perempuan yang dilahirkan dengan masalah kesihatan jarang ditemui. FOTO Agensi.

New Delhi: Seorang bayi perempuan menggemparkan sektor perubatan India selepas dilahirkan dengan tiga 'kepala', suatu keadaan kesihatan yang tidak diketahui.

Mirror UK melaporkan, bayi terbabit yang turut mengejutkan keluarganya, dilahirkan minggu lalu di pusat perubatan di utara India, selepas ibunya menderita kesakitan melampau.

Dia mempunyai dua benjolan besar yang terbentuk di belakang tengkorak.

Bijji Thakur yang menyaksikan kelahiran itu berkata, "bayi perempuan itu mempunyai tiga kepala dan kelihatan seperti makhluk asing".

Menurut pakar perubatan, ibu bayi yang tidak mengalami sebarang komplikasi sewaktu kehamilan, dirujuk ke hospital daerah di Etah, Uttar Pradesh berikutan kemudahan kesihatan yang terhad.

Doktor berkata, mereka akan menjalankan imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk mengenal pasti keadaan kesihatan bayi itu.

"Ini kes yang sangat jarang berlaku. Badan kanak-kanak itu seperti belum berkembang sepenuhnya. Kami akan melakukan imbasan MRI dan kemudian melakukan pembedahan untuk mengasingkan 'kepalanya'," jelas Ketua Perubatan Hospital Daerah Etagh, Rajesh Thakur.

Walaupun jarang berlaku, terdapat banyak kes kepala tambahan dilaporkan di seluruh dunia dan masalah itu dirujuk sebagai 'Encephalocele'.

Menurut Jabatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), Encephalocele adalah sejenis kecacatan kongenital tiub saraf yang jarang berlaku, di mana sebahagian daripada tengkorak tidak terbentuk dengan betul menyebabkan tisu otak dan strukturnya berada di luar tengkorak.

Laporan menyebut, bayi yang didiagnos dengan Encephalocele mempunyai kadar kelangsungan hidup 55 peratus.
https://www.hmetro.com.my/global ... 91/bayi-tiga-kepala

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:29 PM | Show all posts

Doktor di Britain tersilap keluarkan ovari dari badan wanita



Pakar bedah bertugas di bilik bedah. - Getty Images

LONDON – Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Britain merekodkan kira-kira 151 kesilapan besar yang dilakukan oleh kakitangan hospital negara itu antara 1 April hingga 31 Ogos lalu.

Akhbar Mirror UK melaporkan, antaranya adalah doktor tersilap mengeluarkan ovari daripada badan seorang wanita dan melakukan pembedahan tulang belakang di bahagian yang salah.

Berdasarkan laporan kes besar yang dikenali sebagai ‘Never Events’ itu, terdapat 80 kes pembedahan di bahagian badan yang salah dan 14 kes pesakit diberi implan yang salah.

Laporan NHS turut memperincikan 27 kes mengenai objek asing seperti wayar dan jarum yang tertinggal di dalam badan pesakit.

Hospital Universiti Birmingham merekodkan lapan kesilapan besar dalam tempoh tersebut, dua kaki ganda berbanding hospital lain.

Ketua Eksekutif Persatuan Pesakit, Rachel Power berkata: “Jumlah ‘Never Events’ kekal tinggi dari tahun ke tahun.

“Ia adalah insiden serius yang boleh dielakkan kerana hospital dan klinik mempunyai sistem untuk mencegahnya. Kesan fizikal dan psikologi dialami pesakit boleh kekal sepanjang hidup mereka,” katanya. – Agensi


https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -dari-badan-wanita/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:30 PM | Show all posts

Guru taska paksa budak makan muntah



Rakaman CCTV memaparkan guru itu memaksa budak terbabit makan muntahnya sendiri. - SCMP/Douyin

BEIJING – Seorang guru taska di China menerima kecaman hebat pengguna media sosial selepas memaksa seorang murid makan muntahnya sendiri, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan guru tersebut menyumbat makanan yang telah dimuntahkan itu ke dalam mulut budak lelaki tersebut ketika waktu makan tengah hari.

Kanak-kanak itu dikatakan telah memuntahkan ketulan labu selepas diberi terlalu banyak makanan.

Selepas mengetahui perkara tersebut, ibu bapa mangsa membuat aduan terhadap guru berkenaan. Anak mereka dikatakan sakit selepas dipaksa makan muntahnya sendiri.

Kejadian itu berlaku pada hari lahir budak lelaki tersebut iaitu pada 15 September lalu di wilayah Liaoning.

Menurut bapa mangsa, Zhang, dia memakaikan anaknya dengan pakaian baharu sempena hari lahir kanak-kanak itu, tetapi pakaiannya kotor selepas pulang ke rumah.

Zhang dan isterinya segera melaporkan kejadian itu kepada pihak taska dan beberapa kali meminta untuk melihat rakaman CCTV, namun permintaan mereka tidak diendahkan sehingga polis campur tangan.

Pada 13 Oktober lalu, biro pendidikan tempatan dalam akaun WeChat rasminya berkata, pihaknya mengesahkan kes tersebut selepas siasatan polis dijalankan, manakala Zhang dan isterinya menuntut pihak sekolah memohon maaf dan memecat guru tersebut. – Agensi


https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... budak-makan-muntah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:31 PM | Show all posts

Wanita koma lima hari selepas warnakan rambut



Doktor terpaksa mencukur rambut wanita itu untuk menyelamatkan nyawanya. - Sanook

BEIJING, China – Seorang wanita berusia 60 tahun di Huinan, bandar Changsha mengalami reaksi alahan teruk selepas mewarnakan rambut di salon, lapor laman berita Thaiger semalam.

Empat jam selepas berdandan di salon kecantikan itu, dia mengalami kesukaran bernafas dan dikejarkan ke hospital.

Selepas dimasukkan ke unit kecemasan, wanita itu dipakaikan alat ventilator dan koma selama lima hari.

Doktor mengaitkan tindak balas alahan itu dengan bahan kimia dalam pewarna rambut tersebut.

Selepas mendapat persetujuan keluargan, doktor memutuskan untuk mencukur rambut wanita tersebut untuk menyelamatkan nyawanya sebelum keadaannya beransur pulih.

Keradangan salur pernafasan pesakit juga berkurangan manakala sistem pernafasannya mula berfungsi secara normal.

Selepas tindak balas alahan itu hilang, dia dibenarkan keluar dari hospital.

Doktor mengesyorkan orang ramai memilih pewarna rambut yang diperakui berkualiti dan ramuanya disenaraikan. – Agensi
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... as-warnakan-rambut/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 06:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 06:50 PM | Show all posts
Selamat petang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2023 07:01 PM | Show all posts
Salam maghrib

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 08:06 PM | Show all posts
Curi motosikal demi beli cincin, lelaki akhirnya nikah di balai polis
Oleh KOSMO
23 Oktober 2023, 6:30 pm


Tomi diberkas dan dibawa ke balai polis Sukolilo. – Surya.co.id

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Surabaya, wilayah Jawa Timur terpaksa bernikah di balai polis selepas si lelaki ditangkap mencuri sebuah motosikal, tiga hari menjelang tarikh perkahwinan mereka, lapor laman berita Bongkah semalam.

Tomi Fira, 25, mengahwini pasangannya di balai polis Sukolilo kelmarin selepas diberkas kerana mencuri motosikal Honda Scoopy pada Rabu minggu lalu.

Ketua Polis Sukolilo, Komisioner Polis Made Parera Negara berkata, suspek cuba mencuri kenderaan tersebut ketika waktu awal pagi sebelum disedari mangsa.

“Penghuni rumah terjaga daripada tidur lalu keluar dari rumah untuk menangkap suspek yang belum sempat melarikan motosikal mangsa,” katanya.

Suspek kemudian dibelasah penduduk sehingga mukanya bengkak, manakala seorang rakan subahatnya sempat melarikan diri.

“Ketika ditangkap, keluarganya datang dan meminta agar majlis pernikahan suspek dan pasangannya boleh berlangsung di balai polis mengikut perancangan asal,” kata Made.

Selepas mendapat persetujuan semua pihak, pasangan itu dinikahkan kelmarin di balai polis dengan kedua-duanya memakai pakaian pengantin berwana kelabu.

Sejurus selesai dinikahkan, suspek mengakui perbuatannya itu dan menyatakan penyesalan kerana membuatkan isteri dan keluarga sendiri serta keluarga mentua malu besar.

“Maaf, saya berasa malu sekali,” ujarnya.

Suspek turut mendedahkan bahawa perbuatan itu dilakukan kerana terdesak untuk mendapatkan wang bagi membeli cincin pernikahan kepada isterinya.

“Saya mencuri motosikal untuk membeli cincin sebagai mas kahwin. Nampaknya hajat itu tidak kesampaian,” katanya. – AGENSI

Credit to: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 10:22 PM | Show all posts
Edited by anniez08 at 23-10-2023 10:28 PM

Pesawat penumpang nyaris berlanggar
Oleh KOSMO
23 Oktober 2023, 8:30 pm

Pesawat Alaska Airlines membelok ke arah SkyWest selepas juruterbangnya kelihatan keliru dengan arahan yang diterima daripada pengawal trafik udara. – YouTube/ VASAviation


PORTLAND, OREGON – Dua pesawat komersial hampir berlanggar ketika terbang pada jarak kurang 804 meter antara satu sama lain di ruang udara  Lapangan Terbang Antarabangsa Portland, Oregon, lapor akhbar New York Post semalam.


Insiden berlaku apabila penerbangan Alaska Airlines 1299 yang berlepas dari California Selatan cuba mendarat di landasan bersebelahan ketika pesawat SkyWest Airlines 3978 baru saja berlepas.


Kejadian berlaku pada Isnin lalu sekitar pukul 4.15 petang (waktu tempatan)


Pesawat Alaska Airlines terpaksa dilencongkan dan membatalkan pendaratannya selepas menerima arahan daripada pengawal trafik udara.
Kedua-dua pesawat itu mempunyai jarak kira-kira 548 meter secara melintang serta 76.2 meter secara menegak.
Perlanggaran di udara boleh berlaku apabila pesawat berada kurang 152.4 meter antara satu sama lain, demikian menurut pihak berkuasa aviasi yang menyiasat insiden tersebut. – AGENSI

Credit to: Cosmo


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 10:39 PM | Show all posts
Konflik Palestin-Israel: Konvoi bantuan ketiga masuki Gaza
Oleh KOSMO!
23 Oktober 2023, 6:11 pm


SEORANG sukarelawan menyaksikan konvoi treler membawa bantuan kemanusiaan menuju ke Semenanjung Gaza semalam. – AFP

GAZA – Sebuah konvoi memasuki Genting Gaza yang terkepung melalui pintu Lintasan Sempadan Rafah hari ini, kata beberapa pemberita AFP di sebelah Mesir dan Palestin, yang  ketiga sejak perang tercetus pada 7 Oktober lalu.

Lebih 12 treler melintasi Rafah, kata mereka sekali gus tambahan kepada jumlah keseluruhan 34 treler yang memasuki Gaza kelmarin dan semalam, demikian menurut seorang pegawai Palang Merah Mesir.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan, sekurang-kurangnya 100 treler sehari diperlukan untuk membekalkan  keperluan asas kepada 2.4 bilion penduduk Gaza ketika perang semakin sengit. – AFP

Credit to: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.095313 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list