Sumber IG
Niat baik aktres Emma Maembong yang hadir pada malam tayangan perdana filem Abang Long Fadil 3, lakonan Zizan Razak adalah atas dasar ingin memberikan sokongan namun menjadi bahan usikan netizen di media sosial.
Menerusi sebuah perkongsian di IG pelakon wanita itu, dia mengucapkan terima kasih kepada aktor tersebut kerana mengundang dia dan suaminya, Shazli Azhar untuk menonton naskhah berkenaan.
Bagaimanapun, apa yang kurang enak menjadi perbahasan apabila ada segelintir netizen yang mulai mengungkit kisah silam mengenai hubungan istimewa yang pernah terjalin antara Emma dan Zizan suatu ketika dahulu.
Namun, ada juga yang memuji tahap profesionalisme kedua-dua pelakon itu yang masih saling memberikan sokongan terhadap kerjaya masing-masing. Tambahan pula, perkara itu sudah lama berlalu.
|