View: 595|Reply: 5
|
[Jenayah]
Tiada negara ahli Interpol dapat mengesan Jho Low - KPN
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Permohonan ekstradisi terhadap Jho Low masih belum dapat dibuat berikutan tiada negara ahli Polis Antarabangsa (Interpol) yang mengesan keberadaannya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho masih belum dapat dikesan meskipun notis merah sudah dikeluarkan Interpol kepada 195 negara ahli bagi mengesannya.
"Sehingga kini usaha mengesan Low Taek Jho masih giat dijalankan dan segala maklumat mengenai keberadaannya diteliti kesahihan menggunakan kerjasama pihak berkuasa negara berkaitan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Acryl Sani berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memfailkan 13 pertuduhan mahkamah terhadap Jho Low walaupun tanpa kehadirannya membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, selain PDRM, pihak berkuasa Singapura dan Amerika Syarikat juga menjalankan siasatan dan pertuduhan terhadap lelaki terbabit.
"PDRM turut memohon Notis Merah sejak 2018 dan ia hanya boleh diakses oleh agensi penguat kuasa negara ahli memandangkan suspek tidak memudaratkan keselamatan awam berdasarkan penilaian Interpol.
"PDRM turut mengalu-alukan maklumat orang ramai berhubung lokasi suspek yang boleh disalurkan menerusi Whatsapp di talian 013-2111222 atau balai polis berhampiran.
"Maklumat yang diterima kelak akan disalurkan kepada Interpol untuk pengesahan lanjut dan PDRM komited untuk menahan suspek dan dibawa ke muka pengadilan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/09/880002/tiada-negara-ahli-interpol-dapat-mengesan-jho-low-kpn |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 8-9-2022 10:10 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Agaknya mmng betul lah Jho Low bedah wajah menyerupai beruang, berjalan macam seladang... |
|
|
|
|
|
|
|
beruang yg mcm ni kot 

|
|
|
|
|
|
|
|
Dia kat North Korea agaknya
Macam cerita Crash Landing On You tu  |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 9-9-2022 09:54 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
dani-rox replied at 8-9-2022 11:15 PM
beruang yg mcm ni kot
...ni hairy bear...jho low clean shaven |
|
|
|
|
|
|
| |
|