Sumber IG
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin turut tumpang gembira selepas melihat perubahan positif beberapa rakan artis yang menjalankan pembedahan batriatiik atau lebih dikenali sebagai 'potong usus' dalam bahasa pasar.
Menerusi perkongsiannya di IG Story, rata-rata mereka yang menjalani prosedur tersebut dilihat semakin berkeyakinan dan memiliki bentuk tubuh ideal.
"Wah! Bestnya tengok ramai rakan-rakan artis makin cantik dan selim melum after bariatric surgery," tulisnya.
Katanya lagi, ada individu yang ingin menajanya untuk melakukan pembedahan tersebut bagaimanapun tidak mendapat izin daripada suaminya, Dr Rushdi Ramli, 55.
"Saya pun dah dapat orang nak sponsor tapi Encik Suami tak izinkan. Kena taat.
"So, telan air liur je la," katanya. -CARI
|