CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1247|Reply: 3

Wanita Maut Kena Denggi Gara-Gara Jiran Belakang Rumah 'Bela' Aedes Dalam Bekas Minum Kucing

  [Copy link]
Post time 8-9-2022 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Gambar hiasan. Sumber mStar.


Kucing adalah haiwan comel yang adakalanya menjadi 'gelandangan' disebabkan sikap tidak bertanggungjawab pemilik mereka sendiri.



Atas dasar simpati, kadang kala ada sesetengah individu yang akan memberikan makan dan minum kepada haiwan tersebut namun terlupa menjaga kebajikan masyarakat sekeliling.



Contohnya perkongsian Khairul Hakimin Muhammad menerusi akaun Facebook yang menceritakan rakannya yang kehilangan isteri akibat demam denggi.



Gambar hiasan.


"Sedih juga. Kenalan kami kematian isterinya akibat denggi.



"KKM datang siasat di kawasan ruamhanya dan jiran sebaris semua. Semua clear.



"Tup-tup jumpa empat bekas air penuh dengan jentik-jentik dalam pagar rumah sebuah ruamh, betul-betul belakang rumah beliau," tulisnya.



Kata Khairul, bekas air yang ditemui itu adalah bekas minuman kucing tetapi seperti sudah lama tidak digunakan dan dibiarkan begitu saja.



Gambar hiasan.




"Air pula boleh jadi air hujan. Sedih tengok gambar yang beliau kongsikan,



"Sungguh. Perbuatan kita boleh jadi pembunuh jiran kita sendiri.



"Nak beri kucing makan, pahala. Nak beri kucing minum, pahala. Bersihkan selalu juga kawan-kawan, sentiasa tengok semua bekas-bekas tersebut,



"Jika nampak ada jentik-jentik, buang terus airnya dan ganti air baru. Ganti ya, please. Ganti selalu. Please berjaga-jaga dan fikir 10 kali di hadapan apa kesannya ya," katanya lagi. -CARI

















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2022 12:10 PM | Show all posts
Tuan rumah tak kena denggi pulak. Aduh
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2022 07:20 AM | Show all posts
Kalau dah denggi tak ada nya dalam bekas air kucing jiran belakang rumah je.  nyamuk denggi terbang 10m je keliling rumah jiran je ke. Cuba check longkang, kedai2 dekat taman.

kalau dah anti kucing tu mcm2 la buat cerita
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2022 01:20 PM | Show all posts
Musim2 hujan ni elok lah periksa kawasan sekeliling sama mana tahu ada takungan air dikawasan sendiri yang dirumah jiran juga yang terlihat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.756694 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list