CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 488|Reply: 0

Budak Lemas Ketika Mandi Sungai Disyaki Tersepit Celah Batu

[Copy link]
Post time 8-9-2022 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemui lemas disyaki tersepit di celah batu ketika mandi sungai di Kampung Pasir Puteh, di sini, pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan yang memaklumkan mengenai insiden itu pada jam 4.55 petang.




Keadaan lokasi kejadian di Kampung Pasir Puteh, pada Rabu. - Foto Sinar Harian





"Wanita berusia 34 tahun itu menerima pesakit seorang kanak-kanak perempuan yang dibawa ibu bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan tangan dan muka kebiruan ke Klinik Kesihatan Kalumpang.


"engadu dimaklumkan ibu bapa mangsa, anaknya tersepit di celah batu semasa mandi di sungai," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.


Suffian berkata, orang awam yang berada di tempat kejadian cuba memberikan bantuan pernafasan, namun gagal.


"Hasil siasatan polis mendapati mangsa telah lemas di sungai yang berkedalaman kira-kira 0.6 meter.


"emeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati kanak-kanak tersebut meninggal dunia," katanya.


Beliau berkata, hasil bedah siasat telah dijalankan oleh pihak Hospital Kuala Kubu Bharu dan mendapati punca kematian adalah lemas (drowing).


"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.


Suffian berkata, orang ramai perlu sentiasa berwaspada ketika menjalankan aktiviti riadah di pusat rekreasi terutama pada musim hujan.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.085503 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list