CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 961|Reply: 4

Rugi RM12 Ribu Tertipu Beli Emas Murah Melalui Instagram

[Copy link]
Post time 7-9-2022 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Wanita dan barang kemas sememangnya sukar dipisahkan.


Memandangkan emas dianggap sebagai satu pelaburan jangka panjang yang berbaloi, kebanyakan wanita tidak mahu melepaskan peluang untuk membelinya lebih-lebih lagi apabila ia dijual pada harga yang rendah daripada harga di pasaran.


Menyedari emas menjadi salah satu 'kelemahan' wanita, ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan melakukan penipuan kononnya menjual emas pada harga rendah menerusi perniagaan dalam talian (online).




Gambar Hiasan




Wanita yang dikenali sebagai Nana merupakan salah seorang mangsa 'scammer' yang menjual emas sehingga mengalami kerugian sebanyak RM3,711.


Menerusi satu bebenang di Twitter, Nana berkongsi pengalamannya dan modus operandi kedai emas online tersebut agar dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain.


"Meh saya share satu scam ni dekat korang. Nampak menarik tapi saya je yang tertarik.


"Kalau korang nak tahu scammer ni dia memang iklankan pasal benda-benda yang murah tak kisah la murah atau mahal supaya kita mudah percaya. Siap tunjuk dekat Telegram ramai orang review. Jadi memang menariklah iklan mereka tu.


"Nak jadikan cerita, saya beli barang dengan account Instagram ni (Emas Lelong Far***). Saya tanya dia betul ke barang emas tu murah sampai gram dengan harga jauh beza," kongsinya di laman sosial itu.








Nana turut memaparkan perbualannya bersama penjual emas berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp.


Walaupun mengakui agak was-was, Nana sempat bertanya beberapa soalan selain meminta bukti ulasan (review) daripada pembeli-pembeli sebelum ini, sebelum akhirnya terpedaya dan membuat keputusan untuk meneruskan urusan jual beli.


"Saya pun percaya tapi ada juga perasaan was-was sebab terlalu murah berbanding beli walk-in. Jadi saya pun tanya macam-macam dekat dia pasal bangle.


"Nak walk-in tak boleh, dia cakap online saja dapat harga murah. Dia memang balas gaya macam dia betul-betul jual barang tu siap bagi Telegram (link) suruh saya tengok orang review.


"Saya bacalah review dekat Telegram macam wow ramai juga beli dan review dia punya emas. Then saya lock barang emas tu screenshot bagi dekat dia yang saya nak dan saya bank-in RM3,711," kongsinya lagi.










Menurut Nana, dia mula menghidu sesuatu yang tidak kena apabila penjual berkenaan memintanya melakukan pemindahan wang kali kedua dengan jumlah RM3,500 sebagai jaminan.


Berasa curiga, Nana bertanya keperluan untuk dia membayar jumlah 'jaminan' berkenaan namun jawapan yang diberi makin mengelirukan, membuatkan wanita ini meminta dia memulangkan wang yang sudah dipindahkan.


Namun bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur namun wanita ini reda meskipun geram kerana terpedaya dengan penipuan berkenaan.


"Saya tahu duit tu takkan dapat balik. Lapor polis pun dah. Saya cuma nak kongsi macam mana boleh kena scam.


"aling kelakar yang dia bagi link Telegram tu semua dalam contact dia scammer, mungkin dia beli number banyak lepas tu post acah-acah customer review. Eh geram!" kongsinya lagi.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen saling memberi peringatan agar sentiasa berwaspada ketika membuat sebarang pembelian barang berharga secara dalam talian kerana dibimbangi menjadi mangsa penipuan.


Malah ada juga yang berkongsi pengalaman menjadi mangsa penipuan urusan jual beli secara online kerana seperti 'dipukau'.


"Sebagai someone yang pernah kena scam dulu, saya just nak kongsi masa tu memang rasa macam kena pukau... kita turutkan je scammer minta tambah duit, memang tak fikir apa-apa, lebih kepada risau takut tak dapat refund, padahal tanpa sedar kita tengah tambah jumlah duit yang kena scam.


"ernah kena juga suruh bayar RM500 untuk jaminan, masa tu dah tahu kena scam. Katanya nanti dipulangkan balik, berapa ramai entah lagi dia scam, jahat!


"Instagram lubuk scam, jangan katakan emas, vehicle dengan barang-barang bundle pun ada siap buat paid ads," demikian antara komen netizen.-CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Halah3, dalam forum pun ada seller emas scammer..smpai da tukar nama ig da tukar MO jual tudung pulokkkkk..tak gituhh??
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 08:54 AM | Show all posts
Pernah ternampak ig scammer emas lelong ni. Terang2 menipu sebab perhiasan emas seberat 50/60 gram harga jualan 1,500 hengget je. Masa tu ingatkan ig emas tipu2
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 09:03 AM | Show all posts

Moral Of The Story

Kalo tak mampu, jangan bernafsu.  


#done


Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Isk..baik beli gelang oro.italia habib...
Cantiks
Pastu beli subang...
Cantiks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.120573 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list