CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 610|Reply: 0

Jaclyn Victor Sangat Tertekan Sebab Tak Suka Menipu

[Copy link]
Post time 7-9-2022 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Jaclyn Victor tidak menafikan ada ketika dia berasa tertekan susulan timbul ramalan awal netizen yang menebak dia bakal menyertai Gegar Vaganza (GV) musim terbaru.


“Sangat tertekan, saya tak suka menipu," akuinya.




IG Jac




Menurut penyanyi mesra disapa sebagai Jac, situasi tersebut berlaku kerana dia tidak berpeluang untuk berkongsi mengenai perkara itu atas alasan tersendiri.


“Sebabnya, bila kita tidak boleh bercakap mengenai perkara ini pada peringkat awal. Nama peserta hanya akan diumumkan secara rasmi pada sidang media.


“Dari situ saya agak tertekan. Cuma ia bukanlah sesuatu yang tidak baik. Saya terpaksa menidakkan perkara tersebut kerana ia masih baru untuk dikongsikan kepada umum. Selebihnya saya okay sahaja,” katanya.


Jac ditemui sejurus Sidang Media Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung di Megaview Banquet Hall, Menara KL, pada Selasa.


Jac, 43, turut mendedahkan, dia terbuka untuk menyertai program nyanyian tahunan itu kerana perubahan konsep yang diterangkan secara jelas.


“Beberapa bulan sebelum ini, saya ada mendengar mengenai pelawan berkenaan, tapi saya tidak mahu dan tak terlalu memikirkan mengenainya.


“Bagaimanapun ketika menjalani penggambaran untuk sebuah program, pelawaan tersebut saya terima lagi dan masih lagi ragu-ragu.


“Kemudian bila bercakap dengan yang arif dan saya diterangkan secara terperinci mengenai konsep pertandingan realiti ini, saya jelas.


“Kalau dulu, ada yang tahu ia difokuskan kepada artis yang lama tak aktif, tak keluar lagu baharu dan sebagainya. Namun ia sudah berubah.




IG Jac




“Jadi bila mengetahui ia menjadi medan untuk penyanyi lakukan apa yang kita mahu, kenapa tidak ambil peluang itu? Daripada situ saya mula memikirkan mengenai hal ini dan betul juga, di mana lagi platform yang boleh kita persembahkan apa yang kita nak buat.


“Sebab kebiasaannya kalau program televisyen lain misalnya, kita sudah diberikan ketetapan untuk menyanyi lagu yang bagaimana,” katanya lagi.




Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.080337 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list