CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 499|Reply: 2

Jokowi Takkan Tanding Jawatan Presiden Penggal Ketiga

[Copy link]
Post time 7-9-2022 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Joko Widodo (Jokowi) tetap dengan pendirian untuk tidak bertanding semula jawatan sebagai Presiden Indonesia untuk penggal ketiga.


Timbalan Ketua Pejabat Kakitangan Presiden Indonesia, Jaleswari Pramodhawardani meminta agar spekulasi tersebut dihentikan.


“Tempoh perkhidmatan Presiden Jokowi hanya dua penggal.




Bloomberg




“Tiada lanjutan tempoh kuasa dan pilihan raya juga tidak akan ditangguh,” katanya dalam kenyataan akhbar seperti dilaporkan CNN Indonesia.


Menurut Jaleswari, idea melanjutkan tempoh kuasa Jokowi menjawat semula jawatan Presiden merupakan satu langkah ‘bahaya’.


“Sokongan terhadap idea itu seolah-olah menampar muka atau mengelirukan Jokowi.


“Mereka sedang bermain gimik yang membahayakan Jokowi. Ini seperti mereka memberi madu, tetapi ia adalah racun,” katanya lagi.


Sebelum ini, wujud spekulasi kononnya Jokowi berhasrat memegang jawatan Presiden melebihi mandat pentadbiran selama dua penggal yang akan berakhir pada 2024.


Dakwaan itu tular di sebalik ketegasan Jokowi yang berulang kali menjelaskan beliau tidak berminat menjadi Presiden untuk penggal ketiga dan patuh kepada had dua penggal yang ditetapkan dalam Perlembagaan.


Indonesia dijangka mengadakan tiga pilihan raya utama iaitu Pilihan Raya Parlimen, Gabenor dan Presiden pada 2024, yang pertama kali berlaku serentak dalam sejarah negara itu.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 12:06 PM | Show all posts
klu di sini
lagi ade umur nk pegang
ade kes court, bukan penghalang

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 12:14 PM | Show all posts
pegang lama2 nt nama jd busuk pulak,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.042021 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list