CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1105|Reply: 9

Peserta Dari India Teringin Bertudung, Teruja Pakai Sampai Dalam Gelanggang Taekwondo

[Copy link]
Post time 6-9-2022 07:46 PM | Show all posts |Read mode
Perkongsian video yang memaparkan seorang gadis warganegara India memakai tudung ketika membuat persembahan poomsae pada kejohanan 5th Gewinn Unimap Malaysia Open International Taekwando Championship baru-baru ini membuatkan warganet terharu.


Malah, ramai meluahkan rasa sebak kerana hasrat gadis tersebut turut direstui ibu bapanya.




TikTok




Berkongsi kisah itu, Rohaida Salleh, individu yang membantu menunaikan impian gadis berusia 16 tahun berkenaan secara kebetulan berkata, dia pada awalnya terkejut apabila diajukan sama ada mempunyai tudung lebih atau tidak.


"Semasa program tu berlangsung, suami saya sedang berbual dengan seorang pakcik bernama Data Nadeson yang merupakan pemandu pelancong keluarga berkenaan.


"Kemudian tiba-tiba bapa gadis itu datang berjumpa pakcik tersebut dan bertanya jika ada sesiapa yang boleh pinjamkan tudung.


"Dia cakap, anaknya teringin nak pakai tudung... mungkin sebab kebanyakan penonton dan peserta yang hadir memakai tudung jadi dia ingin turut serta," ujarnya ketika dihubungi mStar.


Menurut wanita berusia 36 tahun itu, disebabkan ingin memenuhi hajat tersebut pakcik Data bertanyakan kepada suaminya jika boleh membantu.


"Suami terus menghubungi saya dan bertanya, kebetulan memang ada bawa tudung lebih dalam kereta.


"Jadi, saya putuskan untuk beri kepada gadis India tersebut. Masa nak bagi tu, pakcik Data minta tolong pakaikan supaya menjadi kenangan terindah kepada gadis tersebut.


"Memang wajah dia kelihatan sangat gembira bila dapat pakai tudung," imbaunya.


Menganggap gadis itu ingin menyelami budaya masyarakat Malaysia, Rohaida sekali lagi terkejut apabila tudung turut dikenakan ketika persembahan poomsae dilakukan.




Bapa kepada gadis tersebut (dua kiri) merupakan master taekwando dari India.




"Memang tak sangka yang dia akan terus pakai semasa dalam gelanggang. Rasa teruja sangat tengok imej dia begitu," luahnya yang kemudian menghadiahkan tudung tersebut.


Bercerita lanjut, dia yang hadir ke kejohanan tersebut kerana membawa anak berusia lapan dan 11 tahun untuk bertanding turut memuji sikap pemandu pelancong berkenaan.


"Suami saya ada cerita juga sebab dia berborak lama dengan pakcik Data... dia memang ramah dan banyak berkongsikan pengalaman hidup.


"Daripada penceritaannya itu, dia mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dalam diri dan tidak rasis. Macam zaman kita dulu-dulu kat kampung, berkawan dengan semua bangsa tanpa mengira agama dan warna kulit," jelasnya.


Kejohanan yang bermula 2 hingga 4 September lalu di Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Perlis itu, turut disertai 15 negara luar antaranya India, Nepal, Brazil, Jepun, Singapura dan Thailand.







Terdahulu, video perkongsiannya tular di media sosial sehingga ditonton lebih 320,000 pelayar selepas dimuat naik dalam aplikasi TikTok.


Rata-rata netizen memuji imej gadis tersebut yang kelihatan cantik ketika bertudung.


"Ya Allah tak sedar air mata menitik. Rasa sayu, cantiknya dia bertudung.


"Cantik dia pakai tudung, nampak manis.


"Meremang juga, itu pun bapanya yang minta.


"Subhanallah, tahniah kepada ibu dan ayah adik ni kerana mengizinkan anaknya pakai tudung... siap usaha untuk pinjam dari sesiapa," ujar beberapa netizen.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah keindahan kapir.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy: Itulah keindahan kapir.
kau ni gila ke bodoh?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 6-9-2022 08:02 PM
Itulah keindahan kapir.

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 10:55 AM | Show all posts
Ada kawan non muslim aku dulu, teringin nak bertudung, aku bagi dia selendang. Dia tangkap gamba pi hantar ke mak dia. Mak dia gelabah, suruh jangan berkawan dengan aku. Apa dosa aku auntie
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 6-9-2022 08:02 PM
Itulah keindahan kapir.

Hahahah...

Yg komen tu pun, haihhh bila la nk matang, asik la duk cakap pakai tudung nmpk comel...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2022 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap lagi tazah semah bagi komen
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 11:04 AM | Show all posts








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 11:04 AM | Show all posts
esbok replied at 7-9-2022 10:55 AM
Ada kawan non muslim aku dulu, teringin nak bertudung, aku bagi dia selendang. Dia tangkap gamba pi  ...







Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2022 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 7-9-2022 02:57 AM
Hahahah...

Yg komen tu pun, haihhh bila la nk matang, asik la duk cakap pakai tudung nmpk comel.. ...

Tu la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.285924 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list