Demikian hantaran aktivis dan peguam, Asiah Jalil mengenai kejadian kain rentang dipasang pada pagar sebuah sekolah menengah di Senaling, Kuala Pilah yang tular sejak kelmarin.
Kredit foto - Facebook Asiah Jalil
Kain rentang itu dipasang berikutan rasa tidak puas hati dan luahan para guru di sekolah berkenaan yang mendakwa pengetua serta Guru Kanan (GK) Pentadbiran berkenaan mengugut guru.
Menurut Asiah, mana-mana guru dan kakitangan sekolah yang terlibat membuat dan meletakkan kain rentang ini, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuklah boleh dibuang daripada perkhidmatan.
Guru-guru juga merupakan penjawat awam. Semua penjawat awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti dan menjalankan siasatan mendalam berhubung perkara ini.
Walaupun kita di pihak yang benar, tidak semestinya tindakan kita sentiasa betul dan tepat. Sesungguhnya tindakan viral memviral hanya akan makan diri. -CARI
Pentadbir kat sekolah ni kalau mai 1 pakej lengkap GB dan PK jenis perasan bagus, adoi sakit kepala… sbb tu iols rela depa yg tua2 paling lama pun 3 tahun ja lagi nak pencen jadi ketua. Kalau perangai tak semengah boleh la juga sabarkan diri tunggu dia pencen.. tapi kalau yg muda lagi 15 tahun nak pencen mai jadi ketua… aduhai…