View: 493|Reply: 2
|
Bila-Bila Masa Di Mana Jua, Segalanya Di Hujung Jari-Pembelajaran Lebih Efektif Dan Efisien Dengan JOI® Smartboard!
[Copy link]
|
|
Sejak pandemik melanda dunia hampir segala-galanya berubah dalam kehidupan manusia dan pastinya norma baharu ini menyaksikan sektor pendidikan terpaksa melalui perubahan mendadak.
Peralihan ke kaedah pembelajaran digital nampaknya memberi cabaran hebat terutamanya kepada para pendidik.
Kegiatan pembelajaran yang efektif dan efisien bukan satu perkara yang mudah dan mungkin sestengah pendidik risau untuk menggunakan teknologi canggih namun ia tidak mustahil.
Memahami keperluan itu, SNS Network tampil dengan JOI® Smart Classroom, penyelesaian pembelajaran digital yang fleksibel sekaligus menawarkan ekosistem pendidikan pintar dengan perancangan dan pelaksanaannya membabitkan penggunaan peranti berteknologi canggih untuk guru dan pelajar.
Para pendidik tak payah pening dengan wujudnya produk berteknologi tinggi seperti JOI® Smartboard sebab pembelajaran kini lebih fleksibel dan segalanya di hujung jari sahaja menggunakan papan sesentuh pintar berasaskan LCD yang bersifat interaktif.
Menggunakan papan putih pintar ini, tenaga pengajar dapat berkongsi bahan pembelajaran dengan lebih dinamik di mana kandungan dan mod paparan boleh ditukar secara 'real time'.
Secara tidak langsung, ia lebih menarik perhatian pelajar selain membuka ruang di antara guru dan murid untuk berbincang dan saling berinteraksi.
Malah ia membolehkan guru atau pensyarah menyediakan silibus pengajaran mereka dengan mudah dan efisien tanpa membuang masa menulis di papan putih biasa yang agak membosankan berulang kali, tak begitu?
Lebih mengagumkan, ia menggunakan OPS Module yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel®, mempunyai resolusi paparan skrin 4K UHD dan boleh disambung dengan alat peranti untuk memindahkan fail atau gambar tanpa wayar.
Para pendidik juga boleh rekod sesi pelajaran untuk kegunaan akan datang, dan menayangkannya semula sekiranya perlu selain dapat menolong pelajar mengulang kaji pelajaran.
Paparan ini menyokong sehingga 20 titik sentuhan dengan pelbagai pilihan saiz, dari 65 inci sehingga 86 inci mengikut kesesuaian penggunaan.
JOI® Smartboard membuka peluang kepada guru untuk memberi gambaran lebih jelas kepada pelajar di mana pelajar dapat memahami secara visual berbanding dengan hanya penerangan secara lisan.
Perisian Multi OS dan didatangkan dengan 'built in Android System' memudahkan penukaran di antara sistem.
Yang paling penting sekali, kandungan pembelajaran boleh dikongsi oleh guru kepada anak didiknya bukan sahaja di kelas malah di mana-mana sahaja secara atas talian.
Harga bermula dari RM8699. Sewaan dan ansuran juga disediakan sehingga 36 bulan.
Maklumat lanjut boleh layari laman web JOI® dan media sosial,
Facebook -https://www.facebook.com/JOI.Malaysia
Instagram - https://www.instagram.com/joi_series/
YouTube - https://www.youtube.com/watch?v=cnhHFMNtrBU&t=4s -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
mahalnya baik beli playstation 5
|
|
|
|
|
|
|
|
Produk yang sangat menarik dan inovatif, tetapi harga terlalu tinggi |
|
|
|
|
|
|
| |
|