View: 794|Reply: 5
|
Anak Menangis Balik Rumah, Dakwa Cikgu Rotan Punggung Sampai 6 Kali
[Copy link]
|
|
Seorang guru berusia 49 tahun ditahan polis kerana didakwa memukul pelajarnya menggunakan rotan.
Kejadian tersebut berlaku ketika guru berkenaan mengajar di sebuah sekolah menengah, pada pagi Rabu lalu.
Sekolah tersebut terletak di Sorawolio di Bandar Baubau di Sulawesi, Indonesia.
Foto: Defriatno
Salah seorang pelajar mendedahkan bahawa dia telah dirotan sebanyak enam kali.
"Walaupun soalan telah dijawab, dia tetap memukul saya di punggung menggunakan rotan, ada enam kali," katanya ketika ditemui pada Jumaat.
Sementara itu, ibu bapa kepada pelajar itu terkejut apabila melihat anak mereka menangis sebaik pulang ke rumah sekitar pukul 9 pagi.
"Saya tanya kenapa pulang? Katanya dipukul oleh gurunya.
"Saya terus ke sekolah bertemu dengan guru dan pengetua," katanya.
Enggan menerima tindakan yang dibuat oleh guru tersebut, ibu bapa pelajar itu membuat laporan polis.
Hasil siasatan mendapati bukan hanya seorang pelajar yang dirotan, tetapi kira-kira 20 pelajar turut dikenakan tindakan sama.
"Dipercayai guru tersebut sering membawa rotan setiap kali mengajar, ini bermakna dia sudah mempunyai niat yang tidak baik," kata Ketua Polis Baubau, Erwun Pratomo pada Khamis.
Dilaporkan, guru berkenaan mengakui perbuatannya yang memukul para pelajarnya menggunakan rotan.
Susulan itu, suspek ditahan polis dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara. -CARI
Sumber: mStar/ Kompas |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan dah dijawab, tapi masih dirotan. Apa punya guru ni. Macam sial je perangai |
|
|
|
|
|
|
|
ade je cikgu psycho ok. soalan jawab salah pun pukul sekuat2nya mcm xde belas. i pernah kena waktu sekolah rendah dulu. i dah la head prefect, selalunya i jawab dgn betul n cikgu sains skolah i dah la lelaki yg badan besar. ada satu soalan ujian tu i jawab salah. die mmg gatal suka rotan punggung budak perempuan depan semua org. so i masa tu baru je lepas cucuk bcg tgh membengkak lengan kat bahu tu. i cakap kat cikgu sy x nak dipukul di punggung sy, lebih rela dipukul di tapak tangan. cikgu tu terus naik hangin, dipukulnya dgn pembaris kayu yg besar tu i di bahu i baru kena cucuk tu dengan sangat kuat. i nangis straight away sbb betul2 tepat di bcg i. terus i keluar ke toilet lepas tu n cek my bcg n mmg ade cecair yg jernih byk keluar dari tempat yg dicucuk tu. sedih sungguh. kerana silap jawab satu soalan ujian, i dipukul dgn sgt kuat. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak pukul jangalah sampai sekuat hati dan mengikut nafsu amarah, pukul untuk sekadar peringatan, x baik buat anak orang seperti ini |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu yg suka pukul anak murid dgn suka hati tanpa srbb musabab dan anggap hobi ni hafap anak kandung dia mati dgn tragis laaa. .
Aku kalau ada anak..anak aku kena pukul dgn teruk dgn cikgu..memg aku culik anak cikgu aku seksa anak dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|