CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 3

Pekan Bertukar Lautan Merah Perang Tomato ‘La Tomatina’ Kembali Di Sepanyol

[Copy link]
Post time 3-9-2022 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Selepas dibatalkan akibat pandemik Covid-19, pesta melontar tomato atau lebih dikenali sebagai ‘La Tomatina’ dalam kalangan masyarakat tempatan kembali dianjurkan di Sepanyol.


Acara tahunan itu diadakan di pekan Bunol, kira-kira 50 kilometer (km) dari Valencia dan ia menarik penyertaan peserta domestik serta pelancong antarabangsa.




Foto The Atlantic/AP





Secara tradisi, acara tersebut diadakan setiap Rabu terakhir pada bulan Ogos.


Tahun ini, penganjur festival membekalkan sebanyak 130 tan tomato yang sudah masak ranum menggunakan enam buah trak besar untuk dibaling peserta.


Sebahagian peserta dilihat memakai gogal untuk melindungi mata daripada terkena jus tomato yang dibaling dalam acara berlangsung selama sejam itu.


Beberapa dinding bangunan juga ditutup dengan plastik khas bagi mengelak ia rosak terkena jus tomato.




Foto The Atlantic/Reuters





Malah, jalan raya di pekan kecil itu juga bertukar menjadi lautan merah tomato yang hancur dibaling ribuan peserta.


Tidak jelas bagaimana festival tersebut bermula kerana tiada rekod tepat yang memperincikan asal usul ‘La Tomatina’.


Terdapat pelbagai versi mengenai kewujudan acara berkenaan.


Pun begitu, kisah popular menceritakan sekumpulan remaja yang terlibat dalam per-gaduhan makanan selepas perayaan keagamaan musim panas pada tahun 1940-an.


Insiden pergaduhan itu dikatakan telah mencetuskan acara unik ‘La Tomatina’.




Foto The Atlantic/AP





Pesta tersebut diharamkan pada 1950-an ketika era pemerintahan diktator, Jeneral Francisco Franco sehingga penduduk mengadakan upacara ‘pengebumian tomato’ untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka.


Bagaimanapun, ‘La Tomatina’ kembali popular pada tahun 1980-an.


Sejak 2012, pekan yang mempunyai kira-kira 9,500 penduduk itu mengenakan yuran penyertaan bagi mengawal jumlah kehadiran yang semakin meningkat di pesta yang kali terakhir diadakan pada 2019.


Pada 2002, Setiausaha Pelancongan Sepanyol menamakan acara itu sebagai ‘perayaan tarikan pelancong antarabangsa’ kerana popularitinya.


Seorang pekerja majlis perbandaran membersihkan laluan pejalan kaki yang dipenuhi puri tomato selepas berakhirnya acara ‘La Tomatina’ di Bunol baru-baru ini.




Foto The Atlantic/Getty



‘La Tomatina’ yang digelar sebagai ‘perang makanan terbesar di dunia’ menjadi tarikan utama pelawat asing, khususnya pelancong dari Australia, Britain, Jepun dan Amerika Syarikat (AS).


Popularitinya telah mengilhamkan festival serupa di Colombia, Costa Rica, Chile dan AS.


Tahun ini, pihak penganjur menyediakan 20,000 tiket, namun pegawai tempatan berkata hanya 15,000 tiket yang berjaya terjual kerana pelancong dari Asia tidak dapat menyertainya akibat sekatan perjalanan Covid-19 yang masih berkuatkuasa.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni la contoh budaya/aktiviti bangang.
Membazir sumber makanan. Hari ni korang boleh bersuka ria buat main makanan. Tunggu sampai masa kemarau/takda sumber makanan nanti baru la korang tau nikmat makanan tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
membazir tomato tu pastu lepas acara tu kene kemas cuci balik kalau tgl sehari mau membusuk giler berulat bagai
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau buat lah tomato puree byk² pastu eksport kat msia jual sebotol rm1 ke......dari mbazir mcm tu nanti Allah laknat tau tak.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.036028 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list