CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 282|Reply: 0

Ibu Kesunyian Belasah Anak Sebab Cemburu Sudah Memiliki Kekasih

[Copy link]
Post time 3-9-2022 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Seorang ibu, Pauline Randles mengaku bersalah atas dua pendakwaan jenayah yang dilakukan terhadap anak lelakinya.


Pauline, 57, didapati bersalah melakukan penderaan selepas menyerang anaknya yang merupakan seorang anggota polis.




Foto: Cavendish




Dalam kenyataannya, dia mendakwa mengalami sindrom kesunyian lalu melakukan penderaan terhadap anak tunggalnya berulang kali.


Penderaan yang dilakukan bermula kerana dia cemburu anaknya, PC Simon Randles berusia lingkungan 30-an memiliki kekasih dan mengambil keputusan untuk tinggal bersama.


Pauline didapati menumbuk dan menendang anaknya selepas menuduh kekasihnya, Lauren Stocker mengambil lelaki itu daripada kehidupannya.


Dia malah mengugut: “Jika saya nampak perempuan itu, saya akan bunuh dia.”


Selain melakukan penderaan fizikal, Pauline juga melakukan penderaan mental kepada anaknya dengan menghantar pesanan ringkas ‘mendoakan’ agar Simon mati dan dibuang kerja selama enam bulan tanpa henti.




Foto: Cavendish




Malah, Pauline pernah mengacukan sebilah pisau dan menghantar foto kepada anaknya yang keluar bersama kekasih dengan ugutan akan membunuh diri kerana dirinya didakwa tidak lagi menjadi keutamaan dan perhatian anaknya sejak bercinta.


Segala penderaan fizikal dan mental yang dilakukan kepadanya membuat Simon mengalami masalah kemurungan dan Anxiety sehingga pernah ditahan di hospital.


Setelah didapati bersalah, Pauline dijatuhi hukuman dengan tidak boleh mendekati anaknya selama 18 bulan selain membayar denda.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.033801 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list