Sumber IG
Aktres popular Bollywood, Deepika Padukone tidak akan pernah melupakan kekecewaan yang dialaminya akibat putus cinta walaupun kini diulit bahagia bersama suaminya, Ranveer Singh, 37.
Wanita itu menjelaskan, dia percaya bahawa kejelitaan yang dimiliki oleh seseorang wanita tidak akan pernah menjadi 'penyelamat' agar terlepas daripada menjadi mangsa khianat pasangan seterusnya gagal dalam percintaan.
"Saya pernah rasa sedih apabila dicurangi oleh bekas kekasih suatu ketika dahulu. Saya tidak tahu dia mempunyai wanita lain dan berlaku curang di belakang saya.
Dia mengaku cintakan saya tetapi semuanya penipuan. Akhirnya kami putus. Ketika itu, saya menyedari bahawa kecantikan tidak akan menyelamatkan seorang wanita daripada rasa sakit akibat putus cinta," katanya.
Deepika turut menjelaskan bahawa dia mengambil beberapa tahun untuk mengubat kelukaan hatinya yang dicurangi oleh bekas kekasih.
Wanita itu turut mengakui bukan mudah baginya untuk mempercayai cinta sehinggalah dia bertemu dengan Ranveer.
"Selepas putus cinta, saya menjalani hidup tanpa lelaki dengan penuh kegembiraan. Bagi saya, lebih baik hidup sendiri daripada terus sakit kerana dibohongi oleh lelaki," katanya. - CARI
|