CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 515|Reply: 1

Penghuni Rumah Jagaan Maut Diberi Minum Pencuci Pinggan

[Copy link]
Post time 1-9-2022 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita warga emas di sebuah rumah jagaan di Amerika Syarikat meninggal dunia selepas diberi minum cecair pencuci pinggan dan bukannya jus, lapor akhbar Daily Star UK.


Wanita itu adalah salah seorang daripada tiga penghuni di Atria Park Senior Living Facility di San Mateo, California yang dikejarkan ke hospital selepas kakitangan tersilap memberi mereka minum cecair toksik, demikian menurut saluran televisyen KRON-TV.




Foto: KRON




Anak perempuan mangsa, Marcia Cutchin mengenal pasti ibunya, Gertrude Elizabeth Murison Maxwell sebagai mangsa dalam kejadian malang itu.


Cutchin berkata, pengurusan rumah penjagaan itu memberitahu keluarganya bahawa cecair yang diberikan kepada ibunya adalah ‘larutan pembersih alkali yang memusnahkan protein’.


Apabila Maxwell tiba di hospital, dia dilaporkan mengalami lepuh teruk pada mulut dan esofagusnya.


Maxwell dikatakan mengalami demensia dan tidak mampu untuk memegang cawan mengandungi cecair beracun itu dan mengangkat ke bibirnya sendiri.


“Untuk ramai orang seperti ibu saya, anda perlu memegang cawan ke mulutnya dan memasukkannya ke dalam mulut,” kata Cutchin kepada KRON-TV.


Rumah jagaan itu melancarkan siasatan dalaman serta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengenal pasti punca kejadian. Kakitangan yang terlibat dalam kesilapan itu telah digantung kerja.


Maxwell meninggalkan lapan anak dan 20 cucu, demikian menurut Cutchin.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Benon dapat idea dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.241735 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list