CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1618|Reply: 20

Ramai Ibu Bapa Nak Daftar Kelahiran Anak Pun Malas! Tangguh Sampai Bertahun-Tahun, Apa Masalah?

[Copy link]
Post time 1-9-2022 01:46 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Pelbagai alasan dicipta keluarga atau waris selepas lewat membuat pendaftaran kelahiran anak-anak atau waris tanggungan mereka.


Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu Mohamad Nasir Kareem berkata, untuk rekod, daripada Januari hingga Julai lalu, 232 kes kelewatan daftar kelahiran direkodkan di negeri ini.


Menurutnya, jika dilihat, rekod berkenaan mungkin agak tinggi namun pelbagai alasan dicipta seperti tiada pengangkutan dan masalah kewangan.


Gambar Hiasan




"Ia alasan paling popular diberikan kerana melewatkan pendaftaran kelahiran. Tempoh dua bulan atau 60 hari diperuntukkan buat ibu bapa atau waris mendaftar anak atau tanggungan mereka namun ada yang membuat pendaftaran melebihi tempoh itu.


"Ada yang lebih setahun atau mendaftar pada tahun-tahun berikutnya. Biasanya, alasan yang dikemukakan golongan terbabit ialah pengangkutan serta kewangan," katanya ditemui pada Program Sambutan Bayi Merdeka di Pusat Rawatan Ibu Dan Anak (PRIBA), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).


Menurut beliau, masalah itu lebih meruncing apabila kanak-kanak berkenaan hendak mendaftar sekolah namun tidak boleh berbuat demikian kerana ketiadaan dokumen kelahiran.


Katanya, pihaknya kini giat menjalankan pelbagai kempen bagi meningkatkan kesedaran orang ramai untuk segera melakukan pendaftaran kelahiran.


"Kesukaran terutama dalam proses pengebumian juga timbul kerana kami tidak boleh mengeluarkan sijil kematian berikutan si mati tiada sijil kelahiran.


"ernah berlaku satu kes pada 2010 yang mana seorang individu mendaftar kelahiran pada usia 60-an. Walaupun berdepan pelbagai kesulitan namun kami tetap berusaha memproses permohonan itu sehingga berjaya," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2022 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Again
Tolong ajar yg nak kawin ni
Psl parenting
Benda asas pun fail
Yg susah anak2 tu klu jadi apa2
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 02:43 PM | Show all posts
ada kes parents tak dpt nk register kelahiran anak sebab tak ada maklumat dlm buku pink. Tak ada rekod daftar kelahiran di mana2 hospital sebab rela beranak kt rumah sebab tak mau anak2 kena cucuk kena vaksin. Menyusahkan diri dan anak2 nk sekolah. Nak tuntut apa2 bantuan anak2 pun susah. Sijil lahir tak de lepas tu meroyan. Nanti nk buat IC tak boleh, pun meroyan lagi salahkan pihak berkuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
abbyhoney replied at 1-9-2022 02:43 PM
ada kes parents tak dpt nk register kelahiran anak sebab tak ada maklumat dlm buku pink. Tak ada rek ...

Teringat Kes yg anak tak sekolah sebab takde sijil lahir tu. Mak boleh kawin lain tapi hal anak tak uruskan. Paling kesian anak2 la jadi mangsa.

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 02:55 PM | Show all posts
Saya lagi teruja nak tau bangsa apa yang dikatakan lewat mendaftar ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 03:02 PM | Show all posts
acu bagi insentif..
sapa daftar kelahiran dalam masa seminggu dapat rm500..
mesti berduyun sanggup buat anak pastu daftar laju-laju..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti yg beranak tiap2 tahun mcm ulat..beranak pun serupa berak keras jer. Takda rasa tanggungjwb ibubapa langsung
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 04:02 PM | Show all posts
masaalahnye kaunter ada  10 bukak 1 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai pagi ke yg beranak kat umah tu? Ad kes ke nikah Tak daftar tu yg tiada documents..ke anak luar nikah.?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols dlm pantang dah merayap pegi register MyKid anak Bosannnn duduk rumah kena kurung mcm dlm zoo
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa anak 1st dulu husband iols daftar anak iols lepas sebulan lebih. Sbb masa tu dia kerja luar negara. Dia blk baru daftar. Malas nak suruh mak ayah iols tlg sbb kesian nak beratur kat JPN lama2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorg forumer tu suruh beranak ramai², gomen kena bantu...so apa lagi jpn pi lah ronda dari rumah ke rumah tolong daftarkn baby
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni parents yg x excited nak dapat ank
Tau main je
Dah sudah beranak, sibuk sambung main lg sampai xde masa nak ke jpn
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 09:08 PM | Show all posts
Buka aje kaunter pendaftaran kat hospital tu..

Sini masa beranak, terus dapat borang pendaftaran, sebab dah ada nama, hari pertama tu terus daftar, kasi kat nurse borang pendaftaran surat beranak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
nie spesis buat anakkk jee pandaii benda lain bengap pastu nanti menyusahkan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Taktau nak kata apa..
Kalau benda camni amik mudah.
Buat tak kisah urusan pendaftaran si anak..
Geleng2 kepala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepastu meroyan2 anak tak dapat ic
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 1-9-2022 04:22 PM
kaka boleh list banyak sebab
tapi yang dibayar gaji untuk menyelesai isu tak mboh berpikir
cara mena ...

aku pikir benda yg sama
ni kat ganu.. mmg pendalaman kawasannya
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 08:12 AM | Show all posts
hospital kat kuching tu ada je kaunter pendaftaran JPN ha. aku tengok ramai je bapak-bapak zass ke kaunter sebelom setel hal discaj bini & anak. tapi bukak time ofis hours je lah. ada hospital takde kaunter jpn kah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2022 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ofismate husb iols la slh sorg tu..
Lps wife dia bersalin laki iols dh pesan siap2 trus g register..ntah nape x register2..
Lps 2 bln br g register..kna buat surat akuan bersumpah dan affirm..
Bnd sng ada nk gak buat keje ssh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.049237 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list