CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1156|Reply: 7

'Mungkin Karier Nampak Merudum Sebab Tiada Gosip Cinta' - Azrel Ismail

[Copy link]
Post time 31-8-2022 07:42 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Azrel Ismail, 38, menepis dakwaan karier lakonannya kini merudum akibat kemunculan lebih ramai bakat baharu dan muda yang mendapat perhatian watak utama daripada produksi serta stesen TV.


Azrel ditemui berkata, dia masih lagi 'laku' dan tetap ada menerima tawaran watak utama, namun perlu memilih mengikut kesesuaian cerita. Katanya, dia tidak mahu lagi terkait watak pelajar sekolah dengan wajah matang.




IG Azrel




"Cukuplah sekali saya dikecam kerana melakonkan watak pelajar sekolah dalam drama Ramadan pada 2020 lalu. Sekarang, saya memilih watak yang sesuai kerana kematangan usia dan tidak mahu mencetuskan kontroversi.


"Apa yang pasti, saya tegaskan masih laku dan terima lagi watak hero drama. Cuma, saya yang melihat pada kesesuaian watak itu. Setakat ini pun, saya tak pernah rasa karier lakonan 'merudum' dengan kehadiran ramai pelakon baharu.


"Saya masih bertahan dalam industri dan apa yang nampak 'merudum' itu mungkin kerana tidak ada gosip cinta. Maklumlah, sebelum ini saya sering saja terkait dengan kisah cinta lokasi bersama beberapa pelakon wanita," katanya kepada Harian Metro.




IG Azrel




Terdahulu, Azrel yang dikenali menerusi drama Menantu Ting Tong dan Isteri Dalam Sangkar ditemui pada majlis sidang media teater Maduku Terpaling Kalut untuk watak Selamat yang akan memulakan latihan pada 1 September ini.


Mengulas juga soal jodoh yang sering ditanya kepadanya, Azrel berkata, dia percaya jodoh masih ada untuknya. Namun, hingga kini belum lagi bertemu yang sesuai dan biarlah Allah saja yang menentukannya.


"Saya sentiasa yakin jodoh saya pasti ada, tapi bukan sekarang. Buat masa ini, saya belum lagi bertemu yang sesuai. Ditambah, saya pula selama ini sering dikaitkan dengan cinta lokasi yang tidak menjadi.


"Bagaimanapun, saya terima saja setiap gosip cinta itu yang pernah dikaitkan dengan Ruhainies dan Sharifah Husna. Bagi saya, yang pasti realitinya sehingga kini kami masih tetap berkawan baik," katanya.




IG Azrel




Mengulas karier seninya, Azrel berkata dia bersyukur jadual kerja sudah padat dengan 'shooting' sehingga November nanti. Katanya, dia juga masih ada beberapa tawaran lakonan yang kini dalam penelitian dan insyaAllah akan sibuk sehingga tahun depan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoshhi at 31-8-2022 08:38 PM

Again..acik2 merembes tgk FA dgn julripin je
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia mcm awal 30-an..x nmpk tua sgt mcm julripin dgn remy ishak
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni xjg badan sangat.. Slalu nmpk kepam. Try nmpk jd mhl ckit and exclusif pasti mendonia mcm abam zul...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada look, ada bakat
Aummmmm
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2022 11:48 PM | Show all posts
aura nerd kuat sgat. kalau badboy mcm remy ok kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2022 10:31 AM | Show all posts
Dia ni kalu berlakon jadi adik beradik bang Remy ngan Deris threesome pasti mendonia khuenZzz cuolls?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 11:33 AM | Show all posts
muka hensem dah, tapi dia ketot sikit kan

susah nak jadi lead
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.062011 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list