View: 1412|Reply: 8
|
"Jangan Rasa Kita Mulia, Semua Artis Pendosa" - Ustaz Don
[Copy link]
|
|
Pendakwah, Don Daniyal menjelaskan tidak salah untuk berhibur dengan menghadiri konsert, khususnya melibatkan artis luar negara.
Kredit foto: IG
Menurutnya, adalah lebih baik diwujudkan satu garis panduan berkaitan konsert daripada mengharamkan terus penganjuran persembahan berskala besar.
“Pendirian saya tetap selari dengan mufti, perkara yang melibatkan maksiat, jangan sokong. Tetapi, jangan kita terus menghukum, menjatuhkan dosa kepada semua.
“Konsert itu apa hukumnya? Kalau konsert itu haram, jadi konsert nasyid juga haram? Kita kena ada garis panduan bagaimana orang Islam hendak ke konsert.
Kredit foto: IG
“Kita juga kena tengok secara holistik. Konsert artis luar negara, misalnya dapat membantu sektor pelancongan dan ekonomi negara. Kita kena bagi cadangan dan jalan keluar,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Terdahulu, Pencetus Ummah (PU) Syed menggesa pihak berkuasa membatalkan konsert membabitkan artis luar negara kerana berpendapat ia perbuatan lagha dan berhasrat melakukan protes sekiranya pihak berkuasa berdiam diri.
Kredit foto: IG
“Jangan ada bias. Asatizah dan artis perlu bersahabat. Janganlah kita rasa kita mulia dan semua artis itu pendosa. Kita juga pendosa.
“Malaysia juga negara majmuk. Jangan fikir umat Islam sahaja. Kita kena fikir secara menyeluruh, tanpa meninggalkan mana-mana kaum, agama dan sensitiviti.
“Contohnya garis panduan itu. Kita buat tempoh percubaan, kalau berjaya kita laksana. Perlahan-lahan, bertenang,” katanya.
Adakah PU Syed akan membidas semula kenyataan Ustaz Don ini? - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus point dia ni.. Bila la dorg sume nk sedar malaysia ni msyrkat majmuk.. Bkn 100percent muslim.. Xkn nk halang semua concert.. Yg non muslim nk enjoy gak. Boleh bantu jana ekonomi ngra lg. Hrap asatizah2 terpaling sume tu pakai otak sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat last cari ni mcm Firestone plk
Org nk meet at the halfway
Bknnya berbalas statement
|
|
|
|
|
|
|
|
islam di malaysia dok sibuk pasal aurat aje
padahal artis tu berlakon siap pegang peluk x pulak kisah
sendiri pun terkinja2 nak salam bergambar artis bila bertemu
|
|
|
|
|
|
|
|
Betol sangat la tu dek. Spore F1 jempot Greenday, Westlife, Black Eyes Peas, Suede, TLC bagai Wings pun taw.. lobai apa taw dek? Asyik nak kontrol manusia je cer ko pergi berpiket depan kilang arak.. naik Genting tu dek. Kalau rasa nak buat betol2 negara ni Islamik ikut acuan korang lah kan? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak stop ckp pasal konsert2 ni?masalah besar negara kita skrg bukan konsert.ni lobai pas la bodo nehh |
|
|
|
|
|
|
|
Penjarakan kan sahaja lobai dan lobainita bodoh yang memecahbelahkan ummah kerana mahukan semua warga Malaysia mengikut kemahuan mereka! |
|
|
|
|
|
|
| |
|