CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 424|Reply: 0

Cermin Kokpit Pesawat Tentera Britain Pecah Dirempuh Burung Ketika Pertunjukan Udara

[Copy link]
Post time 31-8-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Satu pertunjukan udara membabitkan pesawat Red Arrows milik Tentera Udara Diraja (RAF) Britain terpaksa dihentikan selepas cermin kokpit sebuah jet bernilai 5 juta pound (RM26.2 juta) pecah dirempuh seekor burung.


Lapor Daily Mail, pesawat Red 6 terpaksa keluar daripada formasi semasa Pertunjukan Udara Rhyl 2022 di Wales Utara apabila kaca kokpit jet itu pecah akibat rempuhan itu.




Foto: AIRLIVE
Lincolnshire Live





Ribuan orang yang menghadiri pertunjukan udara itu menyaksikan kejadian tersebut.


Malah, beberapa saksi memberitahu terdengar bunyi kuat sebelum pesawat itu terpaksa melencong dari laluan asalnya.


Juruterbang Gregor Ogston sempat memberikan isyarat `kod transponder squawk 7700 kecemasan’ untuk menunjukkannya menghadapi masalah semasa pertunjukan itu.


Rakan sepasukan Red 6 kemudian meneruskan perjalanan melintasi bandar tepi laut sehingga mendapat kebenaran untuk kembali semula ke lapangan terbang Hawarden.




Foto: Lincolnshire Live







Orang ramai dimaklumkan bahawa Red 6 menjadi mangsa `serangan burung’ yang mana haiwan itu bertembung dengan pesawat di ruang udara.


Ia mengenai bahagian kaca kokpit jet hanya beberapa inci dari juruterbang yang mengendali pesawat berkenaan.


Sementara itu, jurucakap RAF Red Arrows berkata, insiden seperti itu bukan sesuatu yang luar biasa dalam penerbangan malah pasukannya terlatih untuk menangani situasi demikian.


“Dalam keadaan ini, Red 6 dan seluruh pasukan secara bersama-sama bertindak balas dengan sempurna tanpa sebarang risiko lagi kepada juruterbang dan pesawat,” jelasnya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.038730 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list