View: 508|Reply: 0
|
Masih Ada Orang PAS Berseronok Atas Musibah Najib - Khairuddin
[Copy link]
|
|
Pemimpin dan ahli Pas tidak sepatutnya berseronok atas musibah yang menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mengingatkan bahawa banyak jasa yang ditinggalkan oleh Najib terhadap Pas dan pemimpin-pemimpinnya.
 FB
Beliau yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas menambah, di Terengganu, laluan diberikan oleh kerajaan UMNO di negeri itu dengan arahan Najib untuk Pas menganjurkan program-program besar termasuk Himpunan Fastaqim di Tok Jembal pada September 2017 yang menghimpunkan 300,000 ahli Pas dari seluruh negara.
Mohd. Khairuddin berkata, ketika beberapa pemimpin Pas secara peribadi menghadapi masalah kesihatan, Najib juga secara peribadi membantu atas nama pemimpin negara.
“Saya melihat masih ada dalam Pas yang berseronok atas musibah Najib walaupun Mursyidul Am telah memberi garis panduan kepada ahli dalam isu mahkamah Najib,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.
Beliau membangkitkan perkara itu agar semua pemimpin dan ahli Pas belajar erti bersimpati terhadap mereka yang diuji dengan musibah khususnya mereka yang ada sedikit kebaikan seperti ajaran al-Quran yang bermaksud ‘jangan kamu lupakan kebaikan sesama kamu’.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
| |
|