CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 779|Reply: 1

Guru Besar Diarah Jadi Guru Biasa Hanya Kerana Dinaikkan Gred DG52

[Copy link]
Post time 30-8-2022 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mendedahkan terdapat segelintir guru besar sekolah rendah diarahkan untuk menjadi guru biasa dan kembali mengajar hanya kerana dinaikkan gred DG52.


Presidennya, Aminuddin Awang berkata, pihaknya difahamkan jawatan guru besar hanya untuk guru gred DG48 dan keadaan itu mewujudkan ketidakharmonian dari segi perjawatan di peringkat sekolah serta rasa tidak selesa kepada guru berkenaan.




Aminuddin Awang pada majlis menandatangani MoU antara NUTP dan Takaful Am Malaysia di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA




“Saya difahamkan tahun hadapan sudah mula ada generasi guru besar yang akan dinaikkan ke gred DG52. Mereka ini kebanyakannya masih muda dan usia bersara pun lambat lagi,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara NUTP dan Takaful Am Malaysia hari ini.


Katanya, pihaknya sudah menyuarakan isu berkenaan kepada kementerian, namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian dapat dimuktamadkan.


Aminuddin berkata, pihaknya mahu guru besar berkenaan kekal pada jawatan masing-masng biarpun dinaikkan kepada gred lebih tinggi.


“Buat masa ini, kenaikan gred guru berdasarkan ‘time based’ menggunakan formula 8:8:6:3 dan boleh mencapai sehingga gred DG54. Justeru, kami mahu pihak yang merangka perjawatan guru supaya lebih peka dengan isu ini,” katanya.


Dalam perkembangan sama, Aminuddin berkata, isu sama turut dihadapi pegawai perkhidmatan pendidikan yang berkhidmat sama ada di kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).


Menurutnya, beliau mendapat maklumat ada pegawai di JPN dan PPD terpaksa ditukarkan dan diarahkan kembali mengajar di sekolah selepas dinaikkan gred DG54.


“Kami melihat isu ini sebagai satu kerugian kepada institusi pendidikan kerana kebanyakan mereka memiliki pelbagai kemahiran dan kepakaran dari segi pengurusan dan perkhidmatan.


“Saya juga dapat berita, ada pegawai yang berjawatan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah dan apabila dinaikkan gred DG54, dia terpaksa ke sekolah dan kembali mengajar,” katanya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2022 08:48 PM | Show all posts
Okaylah tu, guru kan memang dilatih untuk mengajar..

Rezeki la tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.042494 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list