CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 948|Reply: 6

Isteri Mantan PM Tak Dibenar Cabar Pelantikan Sri Ram Sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan

[Copy link]
Post time 30-8-2022 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Datin Seri Rosmah Mansor gagal dalam tindakan sivil untuk mencabar pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes rasuah projek solar.


Perkara itu diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas menolak permohonan terbaharu isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapat kebenaran memulakan semakan kehakiman.


Ini bermakna, keputusan Mahkamah Tinggi Jenayah sama ada Rosmah bersalah atau dibebaskan daripada pertuduhan bagi kes solar, diteruskan pada Khamis ini.




Harian Metro/The Star




Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan pihak responden terhadap permohonan Rosmah.


Hakim berkenaan berpuas hati beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman yang difailkan isteri bekas Perdana Menteri.


Mahkamah bersetuju dengan bantahan awal responden bahawa permohonan bagi kebenaran semakan kehakiman itu difailkan di luar tempoh yang ditetapkan.


Pada 11 Ogos lalu, mahkamah mendengar penghujahan panjang lebar peguam Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah serta Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bagi pihak Kerajaan Malaysia dan Sri Ram yang mewakili dirinya selaku responden.


Shamsul ketika mengemukakan bantahan awal berhujah, undang-undang memperuntukkan semakan kehakiman perlu difailkan dalam tempoh tiga bulan daripada isu berhubung pelantikan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan, dibangkitkan.


Bagaimanapun Shamsul menghujahkan, permohonan hanya difailkan pada 24 Jun 2022 walhal Rosmah didakwa kali pertama pada 15 November 2018, kelewatan selama kira-kira tiga tahun 10 bulan.


Responden berhujah, Rosmah mengambil pendirian dengan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Jenayah terlebih dahulu bagi mencabar pelantikan Sri Ram sebelum Mahkamah Persekutuan pada 27 Mei lalu memutuskan relif yang sesuai difailkan adalah melalui permohonan sivil.


“Permohonan sivil ini bertujuan untuk menyemak keputusan Mahkamah Tinggi Jenayah walhal perbicaraan telah selesai dan keputusan akhir kes pembelaan dijadualkan diumumkan pada 1 September ini.


“Ia wajar ditolak kerana dilihat mencampuri urusan pentadbiran mahkamah jenayah dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah,” ujar Shamsul.


Sri Ram pula berhujah, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa mendengar dan memutuskan permohonan semakan kehakiman kerana ia bertujuan mencabar isu melalui permohonan sivil sedangkan ia telah diputuskan oleh mahkamah jenayah.


Sementara itu, Akberdin berhujah agar permohonan Rosmah dibenarkan kerana anak guamnya mempunyai kes untuk dibangkitkan dalam semakan kehakiman atas alasan pelantikan Sri Ram tidak sempurna.


Jagjit pula menghujahkan, permohonan itu bukan difailkan melebihi tempoh kerana isu bagi mencabar pelantikan Sri Ram di mahkamah sivil dibangkitkan oleh Mahkamah Persekutuan ketika menyampaikan keputusan pada 27 Mei lalu iaitu masih dalam tempoh tiga bulan yang diperuntukkan undang-undang.


Rosmah memohon kebenaran mencabar pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes rasuah membabitkan projek hibrid solar yang dihadapinya dan memohon perbicaraan penuh kes itu berlangsung sejak 2018 terbatal dan tidak sah.


Rosmah, 70, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) dengan menamakan Peguam Negara/Pendakwa Raya, Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden.


Sebelum ini, Rosmah memfailkan permohonan sama di Mahkamah Tinggi Jenayah, namun, ditolak manakala rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, juga tidak dibenarkan.


Dalam permohonan terbarunya, Rosmah memohon deklarasi bahawa pelantikan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan melalui tiga surat pelantikan (fiat), masing-masing bertarikh 8 Julai 2020, 11 Mei dan 21 Mei 2021 adalah salah di sisi undang-undang.


Beliau memohon pengisytiharan fiat versi pertama yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun pada 8 Julai 2020 yang sepatutnya ditandatangani Peguam Negara terdahulu, Tan Sri Tommy Thomas pada atau sebelum 15 November 2018, iaitu tarikh pendakwaan ke atas pemohon adalah tidak sah di sisi undang-undang.


Pemohon memohon deklarasi bahawa fiat versi kedua bertarikh 11 Mei 2021 adalah tidak wujud memandangkan Thomas di dalam bukunya – ‘My Story: Justice in Wilderness’ yang diterbitkan pada 2021 menyatakan pelantikan Sri Ram adalah berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bukannya kes solar, selain memohon deklarasi bahawa pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu melalui fiat versi ketiga adalah cacat.


Selain itu, Rosmah memohon deklarasi bahawa keseluruhan prosiding pendakwaan dan perbicaraan penuh bagi kes solar yang berlangsung sejak 15 November 2018 sehingga pembelaan menutup kesnya adalah tidak sah dan terbatal.


“Oleh itu, saya selaku orang kena tuduh (OKT) perlu dilepaskan dan dibebaskan daripada semua pertuduhan dihadapi mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dalam kes solar itu,” katanya.


Rosmah dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion untuk menyediakan tenaga hibrid solar di 369 sekolah di luar bandar Sarawak.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2022 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mainan golongan kayangan nak tangguh2 makan masa itu emas.


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
X dpt defend pertuduhan nek mah konar baring pertikai pendakwaraya, nxt pertikai hakm plk
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 lah perompak laki bini ni eh. Dorang takut betul dengan pakcik Gopal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Gopal cerita Sangam tersenyum sinis dengar drama laki bini nie

Dah last minit nak buat itu ini loyar2 kapel terpaling nie tak belajar law ke atau tak faham?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 11:00 PM | Show all posts
Ada je yachhh mainan VVIP ni,  byk betul helahhh nak lengah2 kan kes. Klu rakyat marhean tak pnh pulak dgr nak tukar pendakwaraya hakim bagaiii.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2022 11:03 PM | Show all posts
Kak mah oiiii masa zaman tok laki pegang kuasa rasa diri tu takkan jatuh, iya2 tekan org aniaya sana sini mcm donia dia yg punya. Skrg rasakan! Is cashhh still king lol kohkohkohhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.040823 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list