CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 982|Reply: 3

Dah Tiga Dekad Tapi Masih Sama, Yusof Haslam Gesa Stesen TV Naikkan Bayaran Penerbit Drama

[Copy link]
Post time 30-8-2022 07:14 PM | Show all posts |Read mode


Penerbit dan pelakon, Datuk Yusof Haslam mendedahkan bayaran yang ditawarkan oleh stesen TV kepada penerbit drama tempatan pada masa kini masih sama seperti tiga dekad lalu dan dianggap tidak masuk akal untuk era masa kini.



"Harga yang dibayar adalah harga 30 tahun lalu. Dah lepas tiga dekad, ia masih sama. Sepatutnya setiap 10 tahun harus ada penambahan. Kerja apa pun ada penambahan tetapi ini tidak.



"Contoh mudah, saya jual roti canai di Restoran Haslam 30 sen ketika zaman saya buat drama dulu. Sekarang dah RM1.50. Bayaran kru dulu RM100, sekarang dah RM2,000.



"Stesen TV kena naikkan bayaran sebab kalau tidak produksi yang akan menjadi mangsa," katanya kepada Harian Metro.



  



Katanya lagi, dalam isu sebegitu adakalanya pelakon turut terkena tempias sama walaupun ia situasi itu jarang-jarang menimpa barisan aktor dan aktres sesebuah drama.



"elakon jarang jadi mangsa sebab kalau ambil pelakon terkenal, mereka meletakkan harga seperti mana mereka terima daripada stesen televisyen premium.



"Itu yang menjadi masalah kita kerana orang akan salahkan produksi sedangkan kita pun berdepan masalah. Saya dah jadi penerbit drama sejak 1985 dan dah tahu sepak terajang dunia penerbitan.



"Bezanya, dulu lain dan sekarang lebih mencabar," katanya.



  



Untuk info, Yusof menerusi Skop Productions menerbitkan pelbagai drama tempatan termasuklah Remang-Remang Kota Raya pada 1985, Gerak Khas dan yang baharu adalah Kuasa. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2022 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lupa naik kan rate talent2 extra, sekali tauuu
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok setuju. Baru semangat sikit nak jv.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2022 09:16 AM | Show all posts
Dok cite berapa harga roti canai, tp x cite bape korang dpt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.357066 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list