View: 977|Reply: 10
|
"Dia Takut Kalau Dibaringkan,"- Bayi Trauma Diculik Dari Rumah Pengasuh, Ibu Cuba Rawatan Islam
[Copy link]
|
|
Berdepan detik cemas anak berusia sembilan bulan diculik pastinya meninggalkan kesan mendalam terutama buat mangsa dan ibu bapanya.
Menceritakan kejadian pada 23 Ogos lalu, Farisha Amirah 24, dan suami, Mohamad Rahimi Abdul Malek, 26, terkejut menerima perkhabaran anak perempuannya, Noor Raisya Mohamad Rahimi hilang di rumah pengasuh sebaik sahaja pulang dari tempat kerja di South Asia, Pulau Pinang.
Jelasnya, dia kaku dan lemah apabila pengasuhnya yang merupakan seorang warga emas memaklumkan bahawa cucu perempuannya sendiri yang melarikan Noor Raisya ketika dia sedang solat di kediamannya di Bukit Tengah, Pulau Pinang.
 Foto: mStar
“Saya dengan husband balik kerja nak ambil Raisya dekat rumah pengasuh sebelah rumah kira-kira jam 6 petang. Elok sampai dekat depan pintu rumah, dia beritahu yang cucu dia dah larikan anak saya.
“Saya terus check telefon bimbit tapi tiada sebarang panggilan dan mesej dari dia. Sedangkan anak saya hilang pukul 5.30 petang di bawah jagaan dia.
“Kami terus ke balai polis buat laporan. Polis dengan segera buat operasi cari Raisya. Saya sangat panik fikir mesti anak tengah lapar sebab dah lama hilang,” jelasnya ketika dihubungi mStar.
Dia yang senang disapa Scha berkata, setelah hampir enam jam mencari, akhirnya polis berjaya menahan suspek utama yang berusia 14 tahun itu bersama dua lelaki termasuk teman lelakinya dalam serbuan di sebuah pondok di Machang Bubok, Bukit Mertajam pada jam 11.50 malam
Bagaimanapun, Raisya tidak berada dengan suspek ketika dia ditangkap.
Tidak lama kemudian Raisya ditemui dalam satu lagi serbuan di rumah teman lelaki suspek di Kulim, Kedah dan bayi tersebut ada bersama ibu dan bapa tiri kekasih gadis terbabit.
 Foto: mStar
“Sekitar jam 11.50 malam polis dapat tangkap penjenayah tu tapi Raisya tak ada dengan dia. Rupanya ada pada ibu kepada teman lelaki dia apabila polis buat satu lagi serbuan.
“Polis bawa anak saya ke Hospital Bukit Mertajam selepas dijumpai jadi kami terus ke sana untuk buat pemeriksaan bayi. Syukur anak saya selamat cuma sekarang dia trauma. Dia takut kalau dibaringkan. Jadi saya pun bawa dia ke klinik dan buat rawatan Islam untuk dia.
“Pada Isnin (29 Ogos) Raisya baru selesai buat pengesahan DNA sebab suspek tiba-tiba mengaku yang anak saya ni sebenarnya hasil hubungan dengan teman lelaki dia,” katanya lagi.
Susulan kejadian, pasangan suami isteri ini juga melihat rakaman litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan gadis ini melarikan anaknya menggunakan motosikal jenis Honda EX5.
Bercerita lanjut, Scha berkata, walaupun sudah berjiran dengan pengasuh selama lebih dua tahun, dia tidak kenal rapat dengan pengasuh apatah lagi berbual dengannya atau mengetahui nama cucunya.
Selepas berdepan kejadian ini, Scha menitipkan pesan kepada masyarakat supaya berhati-hati apabila memilih pengasuh bagi mengelak berdepan dengan pengalaman pahit sepertinya.
“Dua bulan dah saya hantar dekat dia untuk mengasuh. Selama ni okay saja tak ada masalah. Tapi lepas ni saya kena lebih berhati-hati. Apatah lagi melibatkan orang kita sayang sebab nyawa ni tak ada ganti.
“Saya syukur kes anak saya ni dapat selesai dan paling penting Raisya ditemui dengan selamat. Selain buat laporan, saya ada kongsikan maklumat suspek dekat grup GrabFood dan Foodpanda dan orang awam sangat mulia hatinya sebab turut serta bantu.
“Nasihat saya kepada semua ibu bapa, pastikan kita siasat dulu latar belakang famili pengasuh, atau yang hantar ke taska, pastikan taska berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Pastikan juga kawasan pengasuh atau pusat jagaan ada CCTV,” ujarnya.
Susulan kejadian, lima individu termasuk remaja perempuan berusia 14 tahun itu direman bagi siasatan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata mereka adalah dalang utama kes, remaja perempuan berusia 14 tahun, teman lelakinya dan seorang rakan lelaki masing-masing berusia 18 tahun.
Turut direman adalah ibu dan bapa tiri teman lelaki suspek yang berusia 43 dan 30 tahun.
Kelima-lima suspek yang tiada rekod jenayah lampau direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
"Siasatan ke atas suspek utama memaklumkan dia melarikan bayi itu kerana mangsa terlalu comel.
"Suspek turut mendakwa bayi itu adalah anaknya hasil hubungan dengan teman lelaki. Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui motif sebenar sama ada ia mempunyai kaitan dengan sindiket penjualan bayi," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
tiba-tiba mengaku yang anak saya ni sebenarnya hasil hubungan dengan teman lelaki dia
gila punya budak, ceteknya pemikiran.. kesian... nti duduk sekolah juvana baiki diri tau |
|
|
|
|
|
|
|
pernah mengandung ke budak pompuan tu?
so apa keputusan dna? |
|
|
|
|
|
|
|
trauma gile kalau jadi parents baby tu....adehhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg aneh aneh saja dari Utara nohhh...
Tapi baby tu mmg comel |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 30-8-2022 06:36 PM
Wau dah mcm kejadian di brasil, di amareka bagai akhirnya ada juga yg culik anak org sbb nk tunjuk bukti tu konon anak dia ngn teman lelakinya.
Nak paksa pakwe dia kawen ngn dia ke? So tunjuk bukti kat org tua pakwe dia konon dorang dh terlanjur sampai ada anak ke apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru belasan tahun dah kejam macam ni. Jika dibiarkan, silap2 birthday ke 18 pi bunuh orang pulak. Penat2 mak budak tu beranak, ko sedap2 nak jual. Jilake. Psychopath betul budak ni.. penjara je la seumur hidup |
|
|
|
|
|
|
|
risau apabenda la lahanat2 tu buat kat baby masa baring, sbb tu dia trauma nak baring |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goodluckdontcry at 31-8-2022 12:46 AM
Sekarang.. msg2 semua JD pjg akal bila buat ape2 kesalahan..SBB Tu cerita2 kat TV CTH cerita penyiasatan mcm L&O ke CSI ke..Ada pro and con..org yg normal..tgk tuk belajar hal2 kehidupan..org yg xnormal..ambil ape yg ditgk, utk cipta alasan bila buat kesalahan..
Pd den..bdk pompuan bingai ni sekadar mencipta alasan..seolah2 nak tunjuk die Ada simpton mental..mula Kata comel..pastu kata Anak dia..mgkin klu Lps cek, andai kata die pernah mengandung sblm ni..JD mungkin blh dikata dia Ada meroyan..so?? Mgkin hukuman pun ringan la..xpun dilepas je..pastu buat LG perangai musibat mcm ni..sampai la satu thp..klu Ada kematian, barulah nak diambil tindakan keras..Tu pun DH terlambat..
Msg2 Sekarang, otak msh dikepala tp akalnya hilang tah kemana..Sama juga dgn naluri insan..yg tinggal naluri kebinatangan je..baiklah ko g ngorat Bung cikebong dik..dpt juga JD Bini MP kebinatangan..ehhh silap kinabatangan... kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
| |
|