View: 1163|Reply: 11
|
Raja Malaysia Kaya, Raja Di Ghana Miskin Sampai Kena Kerja Jadi Tukang Kebun
[Copy link]
|
|
Ottawa: Kerana kemiskinan, seorang pemuda Ghana yang baru sahaja pulang ke negaranya dan dinobatkan sebagai Raja bagi suku kaumnya, sanggup kembali merantau ke Kanada untuk bekerja semula sebagai tukang kebun bagi mendapat wang membantu kaumnya yang majoritinya miskin.
Independent melaporkan, Eric Manu dipilih menjadi raja apabila bapa saudaranya yang berusia 67 tahun, Dat, meninggal dunia tahun lalu.
Sebelum diberitahu dipilih sebagai Raja, Manu sememangnya sudah pun merantau di Kanada selama tiga tahun bersama isteri dan anak kecilnya.
 Foto: Agensi
"Ia satu pengalaman yang besar. Anda perlu menerimanya dengan penuh semangat. Ia adalah warisan saya, budaya dan tradisi saya.
"Tetapi saya perlu berpindah kembali ke British Columbia, bekerja sebagai tukang landskap dan berkebun di bandar di Kanada dalam usaha untuk mengumpul wang tunai untuk 6,000 keluarga suku saya," kata ketua puak Akan itu di kampung Adansi Aboabo, Ghana.
Manu berkata, dia perlu mengumpul wang termasuk untuk menyediakan penjagaan kesihatan untuk suku kaum yang dipimpinnya.
Pemilik The Landscape Consultants, Susan Watson yang juga majikan Manu memberitahu CTV News bahawa dia pergi ke Ghana untuk menghadiri istiadat menobatkan majlis sebagai Raja.
"Mereka cantik luar dan dalam tetapi mereka tidak mempunyai apa-apa.
"Dan Manu pulang ke sini dengan kebanyakan daripada sukunya sengsara kemiskinan serta mahukan sesuatu yang lebih," katanya.
Susan berkata, wang Manu sewaktu bekerja meraih pendapatan di Kanada akan dilaburkan dalam meningkatkan penjagaan kesihatan selain penghantaran peralatan keperluan lain.
Susan menambah, "Seluruh kampung itu agak miskin."
"Klinik hanya mempunyai seorang bidan dan beberapa jururawat. Tiada doktor di lokasi itu," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Manu mcm nama Shah Rukh Khan dlam filem duplicate..
Apaa po kesian tapi ada semangat juang nak kerja idak le membiawak 24 jam
|
|
|
|
|
|
|
|
jemi oh jemi..baca ni boleh tak?
 |
|
|
|
|
|
|
|
level ketua kampung la kot
xpon datuk bandar |
|
|
|
|
|
|
|
Wow. Mcm ni la patutnya. Bkn champion psl valak n menghabiskan boreh |
|
|
|
|
|
|
|
Ni barulah raja yg betol, melindungi dan membela rakyat. Bukannya layan rakyat tahap tapak kaki dia dgn memomokkan kuasa dan daulat yg setarap kisah dongeng sajork. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan bagitau kat dia kita ada 9 raja 1 agong 1 perdana menteri |
|
|
|
|
|
|
|
Ghana takde utan balak ehh?? |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 30-8-2022 08:15 PM
jangan bagitau kat dia kita ada 9 raja 1 agong 1 perdana menteri
And kita also ada 70 ministers altogether termasuk deputy ministers... gilaaa betoiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
ni bkn raja yg berdarah biru tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah...sapo suruh tak jd raja kt malaya nih... |
|
|
|
|
|
|
| |
|