CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1100|Reply: 0

Subang tali kasut hampir RM1,000?

[Copy link]
Post time 29-8-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Subang tali kasut hampir RM1,000?


SUBANG berbentuk tali kasut Balenciaga. FOTO Agensi


New York: Balenciaga, antara jenama fesyen yang paling berpengaruh di dunia melancarkan subang berbentuk tali kasut dan dijual pada harga sekitar AS$216 (kira-kira RM969) sepasang.

Produk yang dijual itu mempunyai cangkuk dan tali kasut sebenar tergantung, disifatkan oleh warga maya sebagai fesyen tidak masuk akal dengan harga membingungkan.

Jenama mewah, mempunyai reputasi untuk mengeluarkan dan menghasilkan beberapa ciptaan pelik untuk menarik perhatian orang ramai.

Namun, subang telinga itu akhirnya membingungkan pengguna internet yang membanjiri ruangan komen terhadap produk itu.

Antara komen pengguna Internet seperti: "Anda mungkin masih ingat beg sampah paling mahal oleh Balenciaga yang dijual pada harga AS$1,790 (kira-kira RM8,033) dan juga kasut bermasalah yang menimbulkan kegilaan dalam kalangan beberapa orang. Sekarang, jenama itu menghasilkan subang yang menyerupai tali kasut!".

"Hentikan perkara karut ini," tulis pengguna lain.

Ada juga pengguna mengulas, "Balenciaga sedang membuat troll pada ketika ini."

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... kasut-hampir-rm1000

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.054981 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list