CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6319|Reply: 108

Pengguna Merungut, Tandas KLIA Tak Mesra Muslim?

[Copy link]
Post time 29-8-2022 11:48 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pengguna mengadu tandas di KLIA langsung tak mesra Muslim?


Berikut merupakan aduan yang dilayangkan kepada Utusan Online.


Saya dan keluarga sebelum ini merupakan antara pengunjung yang kerap menggunakan kemudahan dan perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor sama ada terlibat dengan urusan kerja mahupun membawa keluarga bersiar-siar semasa cuti sekolah.




Foto: Utusan Online




Namun, ada perkara yang begitu menyusahkan saya sekeluarga berhubung kemudahan tandas yang dilihat bukan lagi mesra pengguna Muslim walaupun ramai pengunjung yang datang ke lapangan terbang berkenaan adalah dalam kalangan warga tempatan beragama Islam.


Saya difahamkan kebanyakan tandas diubah suai agar lebih menarik untuk pelancong luar tetapi ini tidak bermakna ‘tarikan’ yang diberikan perlu mengorbankan maksud ‘kemudahan’ itu sendiri khususnya rakyat yang beragama Islam.


Penggunaan paip air dalam mangkuk tandas sebenarnya bukanlah satu kemudahan tetapi kesusahan. Jika ada tandas yang menggunakan paip air sekalipun, jumlah yang ada terlalu sedikit iaitu sekitar satu atau dua sahaja, itupun sering berkunci.


Reka bentuk tandas yang mempunyai saluran paip dalam mangkuk tandas bukanlah mesra pengguna Muslim terutama sekali bagi golongan berumur 50 tahun ke atas mahupun kanak-kanak. Ia lebih kepada reka bentuk tandas di beberapa negara lain yang diakui sukar untuk digunakan oleh pelancong Muslim jika datang ke negara-negara tersebut.


Jika negara-negara luar memilih reka bentuk tandas tersebut kerana sesuai dengan budaya penggunaan majoriti masyarakat mereka dan kita perlu menerima dan menghormati hak itu. Namun, mengapa KLIA memilih untuk tidak menggunakan reka bentuk yang sesuai dengan budaya penggunaan majoriti rakyat Malaysia (Muslim)?


Kita tidak boleh terikut-ikut budaya negara luar dalam isu mesra pengguna tandas sehingga rakyat Malaysia seperti dianaktirikan. Saya kerap terlihat dan terdengar golongan warga emas dan kanak-kanak mengeluh kerana menganggap tandas tidak mesra pengguna Muslim.


Ada yang basah pakaiannya kerana kesukaran mengemudi paip, malah ramai juga yang tidak jadi menggunakan tandas berkenaan sebaliknya ‘menahan’ terlebih dahulu serta berpendapat lebih baik menggunakan tandas di kawasan rehat & rawat (R&R).


KLIA perlu memberi perhatian serius dalam mengatasi masalah ini agar kemudahan yang diberikan kepada pengunjung adalah sesuai dengan budaya majoriti rakyat Malaysia.


Saya juga melihat banyak komen dalam media sosial tentang tandas KLIA. Ini bermakna perkara ini bukanlah isu terpencil.


PENGUNJUNG TEGAR KLIA SEPANG
Kuala Lumpur -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2022 11:52 AM | Show all posts
ios tak faham....apa masalahnya?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 11:55 AM | Show all posts
Sendiri yang tak reti nak gunakan tandas sampai air terpancut kena pakaian kadang sampai ke pintu tandas tapi tandas pulak yang disalahkan.  Mungkin dia jenis kalau guna tandas mesti nak basahkan lantai kalau boleh satu kubical tandas tu kena basah ala pasar borong baru dia rasa bersih.  Tapi dia lupa berapa ramai lagi yang lain menyampah nak guna tandas yang lantainya basah macam tu geli nak pijak wei.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 11:56 AM | Show all posts
mejaputih replied at 29-8-2022 11:52 AM
ios tak faham....apa masalahnya?

tak de hose paip air .. kene pakai tisu.. tu yang orang marah,, negara islam tapi bab membersihkan diri ikot cina
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 12:00 PM | Show all posts
Bau hancing. Tisu bersepah. Begitu kot.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 12:03 PM | Show all posts
rasanya dia complaint sbb bidet tu kot..dia nak yg jenis hose atau tadah air pakai baldi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2022 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti x reti guna @ adjust air yg kluar tu haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 12:11 PM | Show all posts
bawak botol kak.. cebuk pakai botol air mineral

aku ok aje jamban bidet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2022 12:15 PM | Show all posts
pada i bagus pakai bidet..
baru semua reti nak guna jamban betul-betul..
yang komplen basah kena baju tu agaknya perangai beruk panjat jamban duduk..
selayaknya marah orang buat bidet..
celah hutan mana dia keluar kena bawak family jalan klia berkali-kali
sekali tu maybe la ajak datang jalan tengok sana..
takde orang buat la nak bersiar-siar banyak kali masuk klia tu..

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 12:16 PM | Show all posts
mejaputih replied at 29-8-2022 11:52 AM
ios tak faham....apa masalahnya?

ni isu pasal penggunaan bidet la ni..tak pandai pakai salahkan tandas
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 12:17 PM | Show all posts
negara kita perlu buat tandas ikut budaya kita...knp nak ikut mat salleh calit taik pakai tisu?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 12:23 PM | Show all posts
bwk je la botol, size kecik beso.. senang
boleh latih diri kot pegi negara2 luar nun. isi air kt sinki
standby la sekali wet tisu
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak dinafikan bila toilet pakai bidet dh tak kelihatan kesan tapak kasut dkt atas toilet seat tu..so toilet jadi bersih. Tp Ada sesetengah tmpt tekanan air bidet tu tak cukup cth mcm dkt the mines (dh lama tak guna toilet situ. Ntah masih sama or dh tukar tak tahu la). Puas adjust bontot nk kasi kena air. Payah gila. Kalau yg dkt mid valley tu ok
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 12:26 PM | Show all posts
seeloknya dalam adakan la option 1 cubicle yg guna hose.
kesian gak la kalau org2 tua/org2 kpg/acik2 gomen yg pi klia tak reti guna bidet tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
same lah tandas alamanda putrajaya ni..menyampah.. sebab tu lagi best pergi ioi.. tandas mesra muslim
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 12:36 PM | Show all posts
xAthenax replied at 29-8-2022 12:20 PM
After all these years KLIA had been operating
Tiber?
Pengunjung tegar katanya

kan...bukan baru siap...ke ada renovation masa PKP ari tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2022 12:36 PM | Show all posts
pakai bidet ok lah..tp pastikan air kena kuat lah..jgn lah acah2 malu2 kucing sentuh sikit jah kt juboq
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 01:01 PM | Show all posts
adjust jubo bagi kena air bidet cantik2. baru bersih. aku ok je bidet ni. syok pula air bidet tu menyucuk nyucuk jubo. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 01:05 PM | Show all posts

white chicks annoying gile filem ni






Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena buat 2 jenis tandas kot. Basah dan kering.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.235272 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list