CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2151|Reply: 11

Konsert Jadi Pengubat Duka Noh Salleh

[Copy link]
Post time 28-8-2022 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Terharu dengan penerimaan peminat yang masih menyokong karier seninya, penyanyi Noh Salleh menyifatkan konsert 3 Generasi di Zepp KL bersama kumpulan Spider dan XPDC  sebagai pengubat rasa dukanya selepas melalui pelbagai kontroversi tahun ini.


Turut berbangga sepentas bersama pemuzik otai, Noh atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh, 37, juga erterima kasih kepada pihak penganjur yang memberi peluang mempersembahkan karya seni miliknya kepada umum.


Foto: IG




“Saya berbangga dapat buat persembahan di atas satu pentas dengan Spider dan XPDC serta berpeluang menunjukkan karya-karya seni Noh Salleh.


“Selain itu, tahun ini macam-macam hal yang berlaku dan konsert ini juga boleh dikatakan sebagai pengubat rasa duka sebenarnya,” katanya di atas pentas sebelum menamatkan persembahannya.




  



Selain itu, dia turut meraih jeritan I Love You (saya cintakan awak) daripada peminat wanitanya.


Meskipun tidak membalas, jawapan yang diberikan turut mengundang perhatian ramai.


“Eh, aku pun sudah single (solo),” selorohnya.




  



Pada konsert sama, vokalis kumpulan Hujan itu mendendangkan lagu-lagu solo popularnya seperti Angin Kencang, Bisikan dan Renjana.


Dalam pada itu, pihaknya turut menolak untuk ditemu bual media selepas konsert berakhir.


Sementara itu, menerusi acara sama, kumpulan Spider dan XPDC mengubat rasa rindu peminat yang lama menanti untuk menyaksikan persembahan mereka dalam sebuah konsert sebegitu.




  



Antara lagu popular yang dipersembahkan Spider ialah Mungkinkah Terjadi, Mabuk dan Kelawar Vampira.


Manakala, XPDC pula menyampaikan lagu C.I.N.T.A, Selendang Merdeka dan Semangat Yang Hilang.


Bagaimanapun, vokalisnya Mael mengalami masalah kesihatan selepas mendendangkan lebih empat buah lagu dan digantikan oleh anaknya yang dikenali sebagai Afil untuk tiga buah lagu terakhir.




  



Acara yang berlangsung selama tiga jam itu dihadiri lebih 3,000 orang penonton.


Baru-baru ini, nama Noh pada tahun ini memanas selepas tular videonya menghembus asap vape ketika ditemu bual media berhubung isu rumah tangga yang dikatakan sedang bergolak.




  



Tidak sebulan kemudian, dia turut mengesahkan perceraiannya dengan penyanyi Mizz Nina pada 4 Ogos lalu.


Namanya kembali tular apabila muncul memperagakan koleksi pakaian jenama tempatan pada minggu fesyen baru-baru ini dengan memegang sebatang rokok.- CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh eh.. Duka konon.. Mcm dia la mangsa keadaan
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 02:14 PM | Show all posts
masa kau curang tak berduka pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
sayang betul. kalau get back together lepas ni jaga bini tu elok elok. hish.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa mangsa sebenarnya ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau duka..takde la buat hal kat klfw hari tu

Silap2 nak pegi pun xde mood
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2022 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo konsert je blh hilang Duka KO ye mamat...oooo so selama ni berlakon jela ye bila acah insoff menuju jln lurus.. kehkehkeh

Apa2 jela mamat...'awak busuk' dan mengambil kata2 forummers..' awak KEPAM'..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe mcm dia pulak mangsa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2022 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Demi sesuap nasi, Ride it while u can ahgituhhh. Nama pun da sendu kan, kot boleh la tarik simpati org beli tiket konsert khens.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 03:02 PM | Show all posts
Ada ke video leak dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg local aman2 berkonsert
Mesti patuh syariah semua konsert local
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2022 03:23 PM | Show all posts
KamikuP replied at 29-8-2022 03:02 PM
Ada ke video leak dia ni?

mcm xde jek.. klau btol mesti dh bertebaran dh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku4545kuku
Views : 505 Replies : 0
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 3939 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.071284 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list