CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 795|Reply: 5

Rakyat Finland Digesa Pendekkan Masa Mandi, Pandu Perlahan Jimat Tenaga

[Copy link]
Post time 27-8-2022 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Rakyat Finland digesa menurunkan suhu termostat mereka pada musim sejuk ini, memendekkan masa mandi dan sauna mereka bagi menjimatkan tenaga.


Langkah itu disebabkan Eropah kini menghadapi masalah tenaga berikutan perang Rusia di Ukraine.


Kempen penjimatan kuasa di seluruh negara diumumkan minggu ini selepas Rusia memotong bekalan gas ke Finland dan negara Eropah lain dalam beberapa bulan kebelakangan ini hingga menyebabkan harga tenaga melambung tinggi.




Gambar hiasan




Jurucakap di syarikat milik kerajaan Motiva yang menggalakkan kelestarian, Kati Laakso memberitahu AFP, Kempen A Degree Lower itu akan dilancarkan pada 10 Oktober ini.


Katanya, dengan harga tenaga yang melambung tinggi, kempen itu juga akan menggesa warga Finland untuk menghabiskan lebih sedikit masa untuk hiburan elektronik, mematikan pemanasan garaj dan menjimatkan petrol dengan memandu lebih perlahan.


"Ini hanyalah beberapa pilihan. Kami berharap orang ramai akan mengikut saranan secara sukarela dan memahami keadaan bahawa kami sedang menuju ke musim sejuk yang sukar.


"Mungkin orang tidak perlu menghidupkan sauna setiap hari. Mungkin seminggu sekali," katanya.


Syarikat itu ialah penganjur kempen dengan kerjasama kerajaan Finland dan pihak berkuasa tenaga.


Selain mengurangkan pemanasan dan mandi lebih pendek, warga Finland akan digalakkan untuk mengurangkan masa bersauna.


Dengan anggaran tiga juta sauna untuk 5.5 juta orang, mandian wap adalah institusi tradisional Finland.


Ini adalah kali pertama kempen penjimatan tenaga diperkenalkan di Finland sejak krisis minyak pada tahun 1970-an.


Pada Mei lalu, syarikat terbesar tenaga Rusia, Gazprom menghentikan bekalan ke negara jiran Finland selepas Helsinki enggan membayar bilnya dalam mata wang Rusia, yang dituntut Moscow dalam usaha untuk mengetepikan sekatan kewangan dan memaksa pelanggan tenaga Eropah untuk menyokong bank pusatnya.


Pada 2021, Gazprom membekalkan kira-kira dua pertiga daripada penggunaan gas negara tetapi hanya lapan peratus daripada jumlah penggunaan tenaganya.


Gasum, syarikat tenaga milik kerajaan Finland pula berkata, mereka akan menggunakan sumber lain seperti saluran paip Balticconnector, yang menghubungkan Finland dengan rakan ahli Kesatuan Eropah (EU) Estonia.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2022 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekali dia potong, terus krisis tenaga Finland...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Winter tak yah mandi.


Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adm7 at 28-8-2022 10:16 PM

Sementara tu kat malaysia ramai rakyat masih bebas ke sana ke mari bercuti2, pasang segala lampu,kipas, air cond dan membazir sumber air. Apa nak kesah kerajan kan ada bg subsidi. Untung dapat hidup kat negara banyak subsidi ni, kan?.




Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2022 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 28-8-2022 10:09 PM
Sementara tu kat malaysia ramai rakyat masih bebas ke sana ke mari bercuti2, pasang segala lampu,kip ...

Dan untung jgk rakyat negara jiran sbb dpt menikmati brg² subsidi rakyat msia wpun diorg tau diorg tak patut guna tp buat² tergezut bila org tanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2022 04:45 PM | Show all posts
Boleh je mandi sekejap dan berkualiti, tiada masalah untuk dilaksanakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.046780 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list