Sumber Utusan
Pelakon, Khir Rahman yang turut membintangi filem Gadis Jolobu The Movie terbuka menerima kritikan dan tiada masalah apabila naskhah tersebut menerima kritikan daripada seorang YouTuber baru-baru ini.
Menerusi laporan mStar, aktor berusia 49 tahun itu berpendapat bahawa mana-mana individu mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan sekiranya tidak menyukai sesuatu karya yang ditonton.
"Saya rasa okey saja, cuma kali ini saya rasa dia tambah marahlah bukan sekadar kritik tapi dia ada marah dan dia ada hak untuk marah.
"Bagi saya, tiada masalah dengan media atau netizen macam mana perangai atau bahasa mereka mungkin sebab saya dah ada vaksin yang kuat.
"Termasuk pengkritik filem, kalau dia nak kritik ke, nak marah," katanya dalam satu temu bual bersama mStar.
Terdahulu, penerbit Gadis Jolobu The Movie memaklumkan peguamnya sudah menyerahkan surat Letter of Demand (LOD) kepada seorang YouTuber kerada didakwa menulis komen fitnah mengenai karya tersebut. - CARI
|