CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1806|Reply: 1

[DUNIA] Perangai Kuat Melatah Melayu Memeningkan Kepala British

[Copy link]
Post time 26-8-2022 04:18 PM | Show all posts |Read mode
Perangai Kuat Melatah Melayu Memeningkan Kepala British


Kacau orang melatah ini memang seronok sebab kita baru agak sikit sahaja, mereka sudah terkejut beruk. Hal ini membuatkan kita terhibur dengan gelagat orang yang kuat melatah kerana akan buat perkara pelik-pelik.

Antaranya seperti terkeluar suara itik, terloncat-loncat dan mencarut tak tentu pasal. Tetapi jangan sesekali usik mereka ketika sedang pegang benda tajam ataupun membawa kenderaan. Dikhuatiri perbuatan anda akan membuatkan mereka melatah sehingga mencederakan diri sendiri orang lain.

Jangan terkejut kerana orang kita punya melatah ini telah membuatkan British pelik sebab dekat negara mereka tiada sifat tersebut. Buktinya sifat ini ada diterangkan dalam buku Malay Sketcher yang ditulis oleh Frank Swettenham. Ketika memasuki kawasan Kerian di Perak, Frank Swettenham berjumpa dengan ramai orang yang kuat melatah. Pada mulanya, dia mungkin beranggapan hanya orang Kerian sahaja yang berperangai sedemikian.



Namun ketika Frank Swettenham menetap bersama 25 orang askar Melayu di Langat, dia mendapati ada dua orang askar begitu kuat melatah. Frank Swettenham pelik sebab dua orang askar tersebut berasal dari Melaka dan tiada kaitan langsung dengan Perak. Perhati punya perhati, Frank Swettenham berpendapat melatah adalah sifat khas orang Melayu.


Tanjat boboi


Persoalannya sekarang kenapa rakyat Malaysia kuat melatah?

Menurut Hugh Clifford, budaya melatah dalam kehidupan masyarakat Tanah Melayu berpunca daripada cuaca yang tidak menentu. Perkara ini telah menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat kerana mereka akan terganggu untuk melaksanakan tugas seharian seandainya cuaca tiba-tiba berubah. Dari situ dikatakan masalah latah ini muncul kerana rasa gelisah jika ada sesuatu yang mengganggu. Apabila diusik, mereka akan terus terkejut sehingga mengeluarkan carutan dan meloncat-loncat.

Seterusnya, budaya latah dikaitkan dengan tempat tinggal orang Melayu yang kebiasaannya duduk di kawasan kampung ataupun luar bandar. Jadi orang Melayu sudah terbiasa dengan kesunyian dan kesepian. Bunyian yang agak kuat sangat asing bagi mereka sehingga jika diusik atau disergah pasti akan terkejut. Sedikit demi sedikit budaya latah muncul setelah perbuatan mengusik dilakukan berulang kali sehingga terkeluarnya carutan. Salah satu cara untuk atasinya adalah duduk di kawasan bandar. Ini kerana suasana di bandar adalah sangat bising sehingga mustahil untuk rakan-rakan mengusik anda sehingga melatah.

Selain itu, budaya latah boleh wujud kerana refleks kita yang mahu mempertahankan diri daripada sebarang bahaya. Sama macam kita pegang cerek panas, dengan pantas kita akan alihkan tangan bagi elak melecur. Jadi apabila seseorang itu diusik atau disergah secara mengejut, segala carutan tersebut boleh dianggap sebagai mahu mengusir anasir jahat daripada datang mengganggu. Malah ada yang beranggapan budaya latah ini wujud angkara penjajahan barat terhadap Asia Tenggara. Penjajahan tersebut telah mengwujudkan ketakutan dalam kalangan rakyat tempatan kepada kuasa asing. Mungkin sebab British, kita semua kuat melatah.

Ditambah lagi, orang yang kuat melatah ini digambarkan sebagai pemalu dan penakut. Kalau kena sergah secara tiba-tiba memang meloncat dan terus mencarut tanpa dapat dibendung. Senang cerita melatah ini merupakan salah satu tindakan luar kawal kerana hadirnya tanpa dipinta dan perginya dirindui.

Kesimpulannya, latah merupakan ciri khas rakyat Malaysia ataupun masyarakat orang Melayu yang sukar ditemui di mana-mana bahagian dunia. Lepas ini kalau nampak kawan anda kuat melatah, anggap sahajalah dia kesunyian sehingga sangat sensitif dengan bunyi bising.

Sumber:https://www.thepatriots.asia/per ... kan-kepala-british/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
pemalu ke org yg melatah ni? tu retis2 Malaysia yg kuat melatah xde plk sejenis pemalu kot kata terkejut tu normal lah
Dan org melatah ni ada pelbagai jenis, ada yg melatah sbb terkejut jd itu ajelah kejap dia melatah tp ada yg blh melalut2 jdnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.070698 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list