View: 4034|Reply: 67
|
Tangguh Keputusan Rayuan Sebab Abdul Azeez Sakit Perut
[Copy link]
|
|
Keputusan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk mengetepikan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya ditangguhkan ke 5 September.
Ia selepas peguam perayu, Amer Hamzah Arshad memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak jam 2 pagi Jumaat.
"Anak guam saya kini berada di PPUM kerana acute gastroenteritis," katanya di hadapan tiga panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Kamaludin Md Said pada Jumaat.
 FB
Hakim yang turut bersidang, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.
Amer Hamzah dalam pada itu memaklumkan pihaknya masih menunggu maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung representasi untuk menarik pertuduhan tersebut.
" ihak kami menghantar permohonan tersebut pada 27 Jun dan sehingga kini masih tiada jawapan," ujarnya.
Justeru, Kamaludin mengarahkan AGC agar segera memberi jawapan terhadap permohonan perayu.
"Kami harap Peguam Negara (Tan Sri Idrus Harun) atau sesiapa menjawab permohonan tersebut. Kalau tolak, tolak lah, jika tidak tergantung seperti ini," katanya.
Seraya itu, responden yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron berdiri dan memaklumkan beliau akan penyampaian perkara itu kepada AGC.
Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan kes bagi mengetahui status keputusan rayuan tersebut dan juga perkembangan representasi dan tarikh itu dipersetujui oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.
Pada 12 Mac 2021, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan Abdul Azeez untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu atas alasan permohonan tersebut tidak mempunyai sebarang merit yang membolehkan mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk berbuat demikian.
Ahli Parlimen Baling itu di dakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Januari 2019 atas 13 pertuduhan berkaitan projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya di Kedah dan Perak iaitu melibatkan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dan 10 pertuduhan penggubahan wang haram.
Projek tersebut melibatkan Lebuh Raya Persisiran Pantai Baru, kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB di sini pada 8 Disember 2010 dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.
Pada 12 Mac 2021, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan Abdul Azeez untuk membatalkan kesemua pertuduhan itu atas alasan permohonan tersebut tidak mempunyai sebarang merit yang membolehkan mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk berbuat demikian.
Seramai tujuh saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula 19 Ogos 2020.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dan2 la time ni nak kena warded |
|
|
|
|
|
|
|
dekat Parlimen bukan main................................. msuk court terus sakit perut yekkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
orang sakit perut tak boleh makan mee (iklan dedulu ). |
|
|
|
|
|
|
|
Time ni la macam2 penyakit datang... menipu sangat.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Template modus operandi yg diguna pakai oleh penyamun². |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 26-8-2022 11:35 AM
Inilah sebabnya kenapa UMNO bermati-matian mahu kembali berkuasa menang PRU15 kelak..

|
|
|
|
|
|
|
|
hahahha....sakit perut pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit perut lak membaca alasannya tu |
|
|
|
|
|
|
|
dan dan sakit perut hahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
pakai la tektik lain plak.. MO mcm ni berulang2 bosan la.. |
|
|
|
|
|
|
|
ptt tayah tangguh. buat je sidang secara zoom dkt spital tu. janji die dpt dgr jelas. gedik la alasan mcm ni. dan dan jatuh sakit.
pasni jahid midi pn gune alasan yg serupe. at least bossko tu ade la jugak telur hadap kes die |
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 26-8-2022 11:34 AM
Inilah sebabnya kenapa UMNO bermati-matian mahu kembali berkuasa menang PRU15 kelak..
Senang2 je kes digugurkan kalau next pru parti tumbang, kes2 magical nie boleh naik semula tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai perut dia pilih timing nak syakitttt |
|
|
|
|
|
|
|
orang stress mmg boleh diserang sakit perut
ghisauuuuuu ? |
|
|
|
|
|
|
|
apalancut replied at 26-8-2022 11:54 AM
pakai la tektik lain plak.. MO mcm ni berulang2 bosan la..
Nenek kawin ke, kucing beranak ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|