CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 801|Reply: 3

Pakar Cuaca Dipecat Sebab Salah Ramal Cuaca

[Copy link]
Post time 26-8-2022 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Dua pakar cuaca di Jabatan Meteorologi Kebangsaan Hungary dipecat disebabkan kesilapan mengumumkan ramalan cuaca yang mencetuskan kemarahan politik.


BBC melaporkan, jabatan berkenaan membuat permohonan maaf menerusi laman Facebook dengan menyatakan perkara itu tidak dijangka terjadi dan sebab itu dinamakan sebagai ramalan.




Hungary Posts




Penjelasan itu bagaimanapun berakhir dengan pemecatan ketua dan timbalan jabatan berkenaan serta-merta yang diumumkan Menteri Inovasi, Laszlo Palkovics.


Semuanya bermula dengan perancangan rapi sebuah acara pertunjukan bungai api terbesar Eropah yang dirancang pada malam Sabtu lalu, bagi meraikan sambutan St. Stephen’s Day iaitu hari cuti umum.


Namun, tujuh jam sebelum acara bermula, kerajaan terpaksa menangguhkannya selama seminggu lantaran menerima amaran cuaca ekstrem.


Pasukan yang bersedia dengan 40,000 tembakan bunga api dari 240 lokasi di sepanjang lima kilometer Sungai Danuber dan pusat kota Budapest amat terkesan dengan perubahan itu.


Sambutan itu merupakan acara yang sangat dinantikan jutaan rakyat.


Bagaimanapun, cuaca kekal tenang dan acara seperti itu tidak sepatutnya ditunda.


Hujan berserta ribut yang diramal dilihat berubah haluan dan hanya melanda bahagian timur negara itu, langsung tidak melibatkan ibu negara Hungary.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramalan cuaca kat Malaysia pun patut di komen .Tak membantu menjana ekonomi ..nie tempt aku kata tak hujan ...awat punya lebat sampai Naik 1 kaki. Abis anak pokok baru semai tu terendam ..belum mesin dll.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 02:31 PM | Show all posts
Delayed seminggu pun nak pecat.

Ada sorang kat mesia ni relek jer macam takde pepe.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kata ramalan..bknnya blh dikata dgn pasti..akn berlaku ITU ini..ko bknnya Tuhan..apooo!??

Ko ingt ko kumpulan payung... ramalan ku benar belaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.043467 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list