CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 939|Reply: 0

Penyanyi terkenal Turki ditahan di penjara

[Copy link]
Post time 26-8-2022 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi terkenal Turki ditahan di penjara



GULSEN Bayraktar Colakoglu.


Istanbul: Mahkamah Turki mengarahkan seorang penyanyi terkenal di negara itu ditahan di penjara kerana menghasut kebencian dengan mengeluarkan satu kenyataan negatif tentang sebuah sekolah agama.

Penyanyi, Gulsen Bayraktar Colakoglu, 46, gemar berpakaian tidak sopan dan menyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ditahan di rumahnya di Istanbul sebelum dibawa ke mahkamah.

Seorang hakim kemudiannya memerintahkan penyanyi itu ditahan di penjara sementara menunggu siasatan terhadap kenyataan yang dibuatnya di atas pentas mengenai sekolah agama Imam Hatip, April lalu.

Sekolah-sekolah terbabit membesarkan kanak-kanak hingga adakalanya menjadi pendakwah Islam dan kekal kontroversi dalam kalangan orang Turki sekular.

Klip komen itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan dalam kalangan anggota kanan parti berteraskan Islam pimpinan Presiden Recep Tayyip Erdogan minggu ini.

Gulsen terkenal di Turki dan kesnya bertukar menjadi bahan berita utama di negara itu.

Komen kontroversi itu menyaksikan Gulsen berkata kepada orang yang tidak dikenali di atas pentas sebagai gurauan yang jelas bahawa penyelewengan Erdogan disebabkan didikannya di sekolah Imam Hatip.

Bagaimanapun, Gulsen mengeluarkan permohonan maaf di media sosial sebelum penahanannya.

Peguam Gulsen, Emek Emre berikrar untuk merayu penahanan bintang itu dan meminta dia dibebaskan segera kerana didakwa tidak melakukan sebarang jenayah.

"Menyasarkan sebahagian kecil masyarakat dengan dakwaan 'penyelewengan' dan cuba memecahbelahkan Turki adalah jenayah kebencian dan aib kemanusiaan," kata jurucakap Parti AKP, Omer Celik.

Penyanyi dan artis-artis lain sudah lama berasa tidak adil selama dua dekad, Erdogan berkuasa.

Artis menuduh parti pemerintah cuba merayu teras Islam konservatif sokongan Erdogan menjelang pemilihan tahun depan.

Tetapi kes terbabit memberikan peluru politik kepada musuh sekular Erdogan.

Pemimpin parti CHP sekular yang teguh Kemal Kilicdaroglu semalam menyeru golongan belia Turki keluar dan mengundi tahun depan untuk menyelamatkan artis seperti Gulsen daripada dipenjarakan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... -ditahan-di-penjara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.034484 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list