CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2221|Reply: 11

Sharifah Shahirah Mengaku Sharifah Sakinah Attention Seeker, Suka Buat Onar

[Copy link]
Post time 25-8-2022 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Sharifah Shahirah menyifatkan adiknya, Sharifah Sakinah sebagai individu yang suka mencuri perhatian.


Sebagai kakak, Shahirah yang mesra disapa Shiera, 47, tidak mengambil ia sebagai suatu hal yang serius kerana dia lebih mengenali adik sendiri.


Foto: IG




“Saya rasa dalam yang kritik, ada juga yang suka dengan personalitinya. Dia pula suka ‘buat onar’ kemudian dia akan mediamkan diri dan tidur.


“Orang-orang begini kadang, ada juga akan rasa marah kalau tidak dipeduli (netizen). Jadi kalau dia rasa senyap, dia mesti akan buat sesuatu untuk diambil peduli orang.


“Rasa rasa macam ‘attention seeker’. Ada orang yang begitu. Macam… tak kisah ada orang suka atau tidak, tapi dia memang suka diberikan perhatian juga,” katanya kepada MH.


  



Shiera yang sinonim menerusi rama Mat Despatch suatu ketika dahulu ini berkata demikian ketika ditemui di siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di Paradigm Mall, Johor Bahru, pada Sabtu.


Shiera bagaimanapun tidak menafikan adiknya sebagai anak yang baik terutamanya dalam hal melibatkan keluarga.




  



“Saya tidak menafikan Sakinah ialah anak yang cukup baik. Rezekinya pun murah kerana dia turut jaga mak, keluarga. Dia dulu yang akan berikan mak duit, bukan adik-beradik lain.


“Saya tidaklah terasa kerana saya kenal dia. Saya pun tak kisah orang nak kata apa, saya tidak mahu balas pun (kritikan). Kalau di ruangan komen di media sosual misalnya, saya boleh berborak dengan Sakinah.


  



“Katalah kalau dia botak sekali pun, saya sendiri pernah warnakan rambut warna merah, pernah juga hampir botak.


“Jadi kita fahamlah… pengakhirannya juga bukan kita yang akan adili, tetapi Allah SWT. Dia pun bukan mencuri, sakitkan hati orang dan sebaginya,” katanya lagi. -CARI


Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2022 04:27 PM | Show all posts
Meolls tatau nak kata apa dah.. lantak dia le ye
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki Sweden dia ada lagi ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dia happy dgn apa yg dia buat..

Ada orang dok tayang konon dia lah terpaling berugama, terpaling baik..

Tapi adik beradik, parents diabaikan.. Hati kawan2 x reti jaga..

Dia cuma baik pada diri dia saja.. Dgn orang lain tak.

Tu lagi teruk..

Nanti2 berubah lah si kinah tu.. Cuma mungkin timeline dia berubah lambat sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia suka perhatian.. walaupun negatif..
Sama la mcm founder timbang kilo sume..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka betul tengok anak2 shiera ni jamming sefamily. Fun je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2022 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
apalah yg nak dibanggakan hidup utk media social je
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
helicornia replied at 25-8-2022 11:18 PM
Laki Sweden dia ada lagi ke

Kat ig dah delete habis gambar laki tu. Kat reels ada video dia promote protein buat mcm kokain. Susun benda alah tu pakai kad convert laki dia. Mereng betul la dia ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2022 09:14 AM | Show all posts
Oh dah botakk
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ada adhd kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat luar negara ko terkinja cam org x betul pun xda sapa peduli x kisah x kepoh... kalo kat sini habis dirakam diviral dan ditazkirah semua nerakazen...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.108328 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list