CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3017|Reply: 44

Anak Lelaki Nak Kawin Tak Ada Duit, Mak Ayah Kerja Kilang Terpaksa Pinjam Ah Long RM20 Ribu

[Copy link]
Post time 25-8-2022 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Tidak dinafikan kos untuk mengadakan majlis perkahwinan semakin meningkat disebabkan beberapa faktor seperti harga bahan mentah yang semakin mahal.


Bagaimanapun, disebabkan mahu mengikut 'adat', ramai yang sanggup membuat pinjaman kewangan sama ada menerusi institusi perbankan mahupun syarikat pinjaman tanpa lesen, Ah Long.


Berdasarkan luahan perasaan seorang gadis yang dikenali Ina, baru-baru ini, dia terkilan apabila ibu dan bapanya terpaksa meminjam wang berjumlah RM20,000 daripada Ah Long demi melangsungkan perkahwinan abangnya.


Gambar Hiasan: pengantinbaru.com.my






Menurutnya, tindakan drastik itu diambil berikutan ibu bapanya malu untuk membatalkan majlis perkahwinan selepas membuat jemputan seramai 1,000 orang.


Lebih mendukacitakan apabila abangnya bukan sahaja bertindak 'lepas tangan' tetapi tidak pernah membawa bakal isterinya untuk bertemu keluarga sehinggalah majlis bertunang dilangsungkan.


Anak bongsu yang tinggal bersama keluarga ini berkata segalanya bermula apabila abangnya tiba-tiba berubah sikap selepas bertunang dengan wanita berkenaan.


"Abang saya baru berkahwin awal tahun ni semasa majlis perkahwinan sudah dibenarkan berlangsung. Sebelum kahwin, abang saya tak pernah bawa teman wanita jumpa keluarga.


"Kami cuma tahu janda anak satu sahaja, tak pernah dia bawa jumpa mak atau cerita apa-apa pasal perempuan tu.


"Lepas majlis tunang, abang saya dah mula nampak malas nak bekerja... dia tauke kedai makan, tapi dah jarang ke kedai dan barang-barang kedai pun dia dah tak beli," luahnya yang kemudian dikongsikan oleh @TwtWedding baru- baru ini.







Disebabkan abangnya sudah tidak menguruskan kedai dengan baik, maka dia kekurangan duit untuk mengadakan majlis kenduri.


Tambahnya, majlis perkahwinan hanya dilakukan di sebelah lelaki sahaja kerana ibu kepada wanita terbabit enggan mengadakan majlis kerana tidak mahu orang ramai mengetahui bahawa anaknya sudah bercerai.


"Memang rasa pelik sebab nak buat benda baik tapi nak rahsiakan pula.


"Bagaimanapun, ia tetap diteruskan dengan jemputan 1,000 orang... jadi makanan kena ada lebih. Dua minggu sebelum majlis tu, abang masih belum bagi duit pada mak untuk langsungkan kenduri.


"Mak dah mula panik sebab dia dah panggil orang... bila desak pasal duit, abang cakap tak ada duit dan nak batalkan kenduri. Tapi mak tak nak batalkan sebab dah hantar kad dan dia tak mahu tanggung malu," kongsinya lagi.


Buntu dengan apa yang berlaku, ibu dan bapanya mengambil jalan singkat dengan meminjam Ah Long sebanyak RM20,000.


Maka, perkahwinan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh ibu dan bapanya.


"Sedih dengan apa yang berlaku sebab mak dan abah hanya kerja kilang. Lagi dua tahun saja mereka akan bekerja... macam mana nak bayar Ah Long nanti.


"Abang cuma keluarkan duit untuk pelamin dan baju pengantin RM7,000. Pelamin sahaja RM5,000," ujarnya sebak.


Perangai abang yang lepas tangan membuatkan seluruh ahli keluarga sedih dan hiba namun terpaksa tersenyum pada hari majlis.


Malah, ibunya yang kelihatan gembira juga sebenarnya sering keluar masuk bilik kerana menangis.


"Banyak kali mak masuk bilik menangis sebab fikir ayam dan daging masih hutang, upah orang memasak dan deejay yang belum dilangsaikan," katanya.


Kesedihan yang masih belum hilang itu ditambah pula dengan sikap abang dan pasangannya yang tiba-tiba keluar shooting pengantin seawal jam 2.30 petang.


"Malu kami sekeluarga kerana pengantin tiada, adik-beradik sebelah mak abah pun mereka belum menyapa lagi. Habis majlis dalam jam 6 petang, kami semua tunggu mereka balik sebab nak bagi pengantin cuci pinggan.


"Tapi sampai lepas Maghrib baru mereka keluar rumah dengan alasan penat. Mak saya terus menangis depan adik-beradik dia sebab anak buat perangai begitu," luahnya lagi.


Menurutnya lagi, perkara yang lebih mengejutkan adalah abang dan kakak iparnya itu terbang ke Sabah untuk berbulan madu.


Walhal mereka sudah menyatakan tidak mempunyai wang sehingga memaksa ibu dan ayah berhutang dengan Ah Long.


Kini, duit gaji ibu dan ayah dihabiskan untuk membayar hutang kenduri tersebut sehingga keseluruhan perbelanjaan di rumah terpaksa ditanggung olehnya.


"Saya seorang sahaja anak perempuan, abang-abang semua dah berkahwin dan tidak tinggal bersama.


"Semua tanggungjawab jatuh ke atas saya. Duit gaji habis untuk rumah semata-mata sampai simpanan sendiri pun tiada.


"Gaji mak abah semata-mata bayar Ah Long... sedih saya rasa, banyak kali suarakan hasrat untuk berkahwin tetapi abang-abang, mak dan abah tidak benarkan," ujarnya hiba.


Luahannya itu mendapat perhatian warganet sehingga ada yang menyalahkan tindakan ibu dan bapa gadis berkenaan kerana tidak bertegas tentang perbelanjaan kenduri berikutan enggan menanggung malu.


"Tak payah terkilan. Your parents failed you and your siblings. Sanggup hutang Ah Long daripada malu batalkan majlis? Itu dah redflag, apa benda nak malu. Tak ada duit, buat cara tak ada duit... jadi tak payah pelik kenapa abang buat perangai macam tu.


"Kesian ayahnya, tapi silapnya ayah dia tak tegas untuk buat keputusan.


"Mak ayah pun tak fikir panjang sampai sanggup pinjam Ah Long. Biar malu sehari daripada kena fikir hutang.


"Mungkin sebab jemputan 1,000 orang. Entah-entah keluarga yang paksa abang tu untuk ajak ramai-ramai dan abangnya tak setuju... sebab itu dia tak mahu tanggung.


"Ni macam mak ayah yang beria nak jemput ramai-ramai. Iyalah nak berhimpun satu keluarga... siap ada deejay, macam keperluan pula.


"Sebab tu kena ukur baju di badan sendiri. Dah tau tak ada duit, pergi jemput sampai 1,000 orang. Kemudian pinjam Ah Long? Kalau terdesak macam mana pun jangan sampai pinjam Ah Long, paling tak ada pun boleh buat personal loan di bank," komen beberapa netizen.


Dalam pada itu, tidak kurang juga yang menzahirkan rasa kasihan kepada gadis terbabit kerana menjadi mangsa keadaan sehingga dihalang daripada mendirikan rumah tangga. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2022 04:17 PM | Show all posts
Rela berhutang dpd tanggung malu. Pinjam 20k mau kena bayar balik 100k.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.. sebijik prangai adik aku.. mak pak aku plk ikutkan plk.. lantak komelaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lattehazelnut at 25-8-2022 04:28 PM

Hahaha janda kawin biawak
Asalkan laku kan

Iols rasa mak bapak dia ingat duit hulur tetamu nanti boleh bayar balik.. tp ill doubt it.. tak cukup nak cover separuh pun kalau tetamu pun tahap kewangan mcm tu.,
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 04:27 PM | Show all posts
Dekk, abang ko tu tak guna ntah2 abg ko tu anak kesayang mak bapak ko khuenzz...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok zaman pkp dulu. Akad nikah je. Senang. Jiran i anak dia patut kahwin hujung tahun 2021. Tp sbb pkp kahwin mudah, dia cepatkan ke awal tahun. Tak yah kenduri. Jimat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2022 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 25-8-2022 04:42 PM

Bahaya biawak scammer di kalangan family dan rakan sekerja
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Gitu la kan..cash lah sbb merajakan anak jantan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Makpak yg beria sgt tu dh kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kesian kat adik tu je lah.
Abang2 pung lepas tangan ke mcmana tu..
Nesti abang2 pung tau perangai biawak pengantin tu kan..
Nak sedap je..tp duit tak mau kuar..
Mak ayah pung rela pinjam along...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 04:58 PM | Show all posts
krustykrab replied at 25-8-2022 04:50 PM
Makpak yg beria sgt tu dh kenapa?

tak nak maluuuuuuuuuuuuuu
buat biasa2 kang tak gah la
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
jap.. dia kt dia nk kwen tp mak ayah abg² x benarkan?
apehal plkkkk
buat nikah je laaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 25-8-2022 04:27 PM
Dekk, abang ko tu tak guna ntah2 abg ko tu anak kesayang mak bapak ko khuenzz...

Yepp mcm tuu laa kalo dah jd ksygn buat ape pun ok   mintak ape pun ok.. aku phm sgt
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni nak kawen tapi mak abah Dan abg2 tak benarkan??

Baik ko kawen cepat dek
Cari laki yg baik
Pastu sila dok jauh2 Dari keluarga
Nampak MCM dipergunakan aje

Merajakan anak jantan... Nak disusahkan anak perempuan pulak
Masih wujud rupanya mentaliti mak ayah zaman batu
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 07:03 PM | Show all posts
ezacbee: Rela berhutang dpd tanggung malu. Pinjam 20k mau kena bayar balik 100k.

tolak la janda anak satu tu kat ahlong soh settlekan.
nak pakai setahun ke 10 tahun ke.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 07:05 PM | Show all posts
lattehazelnut replied at 25-8-2022 08:25 AM
Hahaha janda kawin biawak
Asalkan laku kan

i rasa janda tu x tahu situasi laki dia yg sebensr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2022 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya... Yg nak die pon satu hal.
. Baikla tanggung malu dr menanggung ah long... Sampai boleh bunuh diri klu berhutang dgn ah long ni... Bendelaaaa fikiran
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 07:10 PM | Show all posts
kenapa ceritakan kebodohan sendiri di media sosial... ini bukan kecil punya kebodohan, perbelanjaan melebihi pendapatan berbulan-bulan kedepan... tak mampu buat cara tak mampu... pinjam along 20,000 pulak, nak kena hadap alonglah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 07:11 PM | Show all posts
kenapa ceritakan kebodohan sendiri di media sosial... ini bukan kecil punya kebodohan, perbelanjaan melebihi pendapatan berbulan-bulan kedepan... tak mampu buat cara tak mampu... pinjam along 20,000 pulak, nak kena hadap alonglah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan cina ( perempuan)aku ada kilang..pekerja lebih 100 org...dia muda lagi umur 40an...dah ada kilang sendiri....dia owner..

Dia kata bodoh org yg belanja buang duit bnyk...handbag dia je RM7 ..7 ringgit ya bukan 70  bukan 7ribu.....dia kawin pun dgn laki kaya x de pun buang duit.x keluar duit bnyk pun..dia kata betapa bodohnya manusia yg suka buang duit bermahal2....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.728606 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list