View: 861|Reply: 1
|
Luna Maya Kepedasan Sampai Naik Ambulans
[Copy link]
|
|
Bintang popular Indonesia Luna Maya terpaksa dikejar ke hospital selepas mengadu sakit perut angkara cabaran makan makanan pedas.
Menurut Suara, kejadian berlaku beberapa hari lalu ketika dia menjadi tetamu untuk sebuah program YouTube kendalian Bobon Santoso.
Menceritakan detik cemas tersebut, Bobon berkata, pada awalnya Luna bersetuju terlibat dalam cabaran tersebut dan dia sendiri tidak menyangka masalah itu akan timbul selepas selesai penggambaran.
YouTube
Dalam masa sama, Bobon juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan ia hanya sekadar lakonan bagi tujuan content video tersebut.
"Fakta kejadian itu adalah benar dan ia bukan dirancang. Luna kepedasan, jatuh sakit dan ambulans datang itu semuanya benar.
IG Luna
"Saya tidak tahu Luna juga ada masalah asma dan dia menyahut cabaran makan keropok pedas sehingga menjejaskan kesihatannya.
"Ketika itu saya jadi panik dan terus menghubungi ambulans," katanya.
Bagaimanapun Bonbon telah memohon maaf kepada Luna dan meminta rakaman video tersebut terus di tayangkan di saluran Youtube miliknya.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tahniah dpt nahas
berlakun ka mbak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|