Setiap orang mempunyai minat dan impian tersendiri untuk dicapai. Salah satu cara nak hargai susah payah penat bekerja adalah dengan menghadiahkan diri sendiri dengan membeli apa yang dihajati.
Itulah yang dilakukan oleh penyanyi Nabila Razali, 29, yang baru saja membeli skuter kolabrasi mewah Vespa 946 Christian Dior.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Nabila Razali atau lebih mesra disapa Bella memuat naik beberapa keping gambar vespa yang baru dimilikinya.
"Meet my BABY DIOR!!! Comey macam tuan dia kan?? Kalau nak ajak gi ride roger je okay!" katanya.
Pelantun lagu VROOM VROOM itu juga ada berkongsi video "unboxing" vespa mewah tersebut untuk tontonan peminat.
Memang cantik dan nampak sangat mewah skuter ini siap ada nama Nabila Razali tapi agak-agak korang berapa pula harganya?
Untuk info, pengeluar skuter Itali, Vespa telah memperkenalkan model istimewa dengan kerjasama jenama fesyen terkemuka, Christian Dior pada Jun 2020.
Dilancarkan sebagai model edisi terhad dan harga yang ditawarkan di Malaysia adalah RM1XX, 000!. Wow! - CARI
|