CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1238|Reply: 5

Janna Nick Dah Berhenti Ambil Pil Anti Depresi, Cerita Kehidupan Perit Waktu Kecil Bukan Nak Simpati

[Copy link]
Post time 24-8-2022 03:45 PM | Show all posts |Read mode
Masih dituduh sengaja memancing simpati netizen berhubung penyakit gangguan mental atau bipolar yang dihidapinya, selebriti sensasi Janna Nick menyangkal semua dakwaan tersebut yang disifatkan langsung tidak masuk akal.


Tegas pelakon berusia 27 tahun itu, sejak didiagnos menghidap penyakit tersebut lebih 10 tahun lalu, dia langsung tidak pernah terlintas mahu menagih simpati apatah lagi mengharap belas kasihan orang terhadap dirinya.


Foto: IG




“Apa jua hantaran mahupun kandungan yang dimuat naik dalam media sosial mengenai penyakit yang saya hadapi langsung tiada kena mengena atau bertujuan mahu meraih simpati orang.


“Kalau betul nak raih simpati seperti yang netizen katakan, lebih baik dari dahulu lagi saya minta simpati dan kasihan mengenai perjalanan kehidupan saya sejak dari kecil sampailah kini,” katanya.




  



Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, antara faktor yang mendorongnya kerap membuat perkongsian mengenai penyakit kerana mahu memberi kesedaran kepada insan senasib dengannya agar tidak berasa sendiri atau tersisih dengan ujian hidup.


“Saya tahu ramai yang senasib dengan saya tapi mereka malu untuk mengakuinya.


“Jadi menerusi perkongsian yang saya muat naik, saya nak mereka tahu bahawa tiada istilah sunyi atau menanggung derita seorang diri,” ujarnya.




  



Berkongsi perkembangan terkini mengenai kesihatan mentalnya, pelantun lagu Gatal itu mengakui sudah lama tidak mengambil dan makan apa-apa ubat antidepresi seperti sebelumnya.


“Saya cuma ambil ubat antidepresi tersebut selama dua bulan sahaja sekitar pertengahan tahun lalu sebab betul-betul memerlukannya ketika itu.




  



“Saya berhenti selepas tidak tahan dengan dos yang terlalu tinggi sehingga mengganggu kerja-kerja seni dan mendatangkan pelbagai kesan negatif lain terhadap diri.


“Jadi selepas berbincang dengan doktor yang merawat, dia setuju dan benarkan saya berhenti makan pil tersebut dan kini hanya mengambil ubat-ubatan biasa sahaja,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu, Juang lakonannya malam tadi.




  



Menerusi filem yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 8 September nanti, pelakon juga penerbit drama berusia 27 tahun membawa watak sebagai jururawat bernama Hannah yang merupakan salah seorang frontliner (barisan hadapan) ketika negara dibadai pandemik maut, Covid-19.


Juang arahan lima pengarah tersohor tanah air itu turut dibintangi pelakon utama lain seperti Zul Ariffin, Zizan Razak, Sangeeta dan Izzue Islam. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2022 09:28 AM | Show all posts
okay jannah muner
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 09:41 AM | Show all posts
dgr dia cite mak pak bercerai masa darjah 3, mmg kesian...sbb tu la kalao mak pak bercerai ni tolong lah jaga emosi anak2, jgn sibuk nk bergaduh
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ubat depresi ni buat ngantuk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 03:40 PM | Show all posts
naina replied at 25-8-2022 11:05 AM
Ubat depresi ni buat ngantuk ke?

Ya certain medications akan buat kau rasa nak tido memanjang, ataupun kacau tumpuan/focus. Otak rasa woozy macam disumbat kapas, susah nak berfikir. Ada ubat pulak buat susah nak tidur

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 04:14 PM | Show all posts
It's hard to find a good article like this  cinenerdle . With this article, you can understand many more things that you did not know. Since then, it has helped me a lot in life and work. See these resources a and b to learn more.  stumble guys
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.955518 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list