Sumber IG
Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah mendedahkan tidak kisah dan sedia menerima pelawaan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri berpadu suara menerusi sebuah lagu duet namun perlu mengikuti syarat yang ditetapkan.
Memetik laporan Harian Metro, kenyataan itu dibuat oleh Jamal ketika diminta mengulas hasrat ahli perniagaan itu yang menzahirkan keinginan untuk berduet denganya serta beberapa penyanyi lain.
"Bukan dia sahaja, malah sesiap sahaja boleh berduet dengan saya tetapi nyanyiannya mesti sepenuh hati selain tidak sumbang. Itu paling utama.
"ada saya, apa yang dibuat ini adalah satu penghormatan, ikut trend semasa dan saya pun kekal relevan untuk bersama-sama berada di persada.
"Apa pun saya katakan, nyanyiannya tidak sumbang sampaikan sakit telinga selain orang tak salahkan saya promosi bisnesnya," katanya.
Sumber Kosmo!Online
Penyanyi yang diberikan jolokan Raja Pop ini berkata, semua orang tahu Aliff bukan seorang penyanyi dan apa yang dilakukannya itu adalah satu strategi bagi mempromosikan perniagaannya.
"Sekiranya kami ditakdirkan berduet, dia tidak perlu pun belajar dengan guru vokal. Cuma, saya akan turunkan 'key' biar seimbang dengannya.
"Sebenarnya, semua pihak perlu berlapang dada kerana ia hanya sebahagian daripada strategi perniagaan. Kita tak boleh salahkan dia kalau dia buat begitu kerana usahawan harus menggunakan pelbagai kaedah untuk melariskan produk," katanya. -CARI
|