CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 636|Reply: 1

Pemain Bola Tak Mengaku Arah Mangsa Tanggal Pakaian Untuk Dapatkan Telefon

[Copy link]
Post time 23-8-2022 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Benjamin Mendy didakwa memaksa seorang wanita berada di atas katil dan cuba memasukkan kemaluannya ke dalam dubur mangsa, menurut keterangan di mahkamah.


Pemain pertahanan Manchester City itu kini dibicarakan di Mahkamah Chester Crown selepas didakwa atas lapan pertuduhan merogol, satu pertuduhan cubaan merogol, dan satu pertuduhan serangan seksual, membabitkan tujuh wanita.




Sky Sports





Lelaki warga Perancis itu bagaimanapun menafikan kesemua dakwaan terhadapnya, lapor Daily Star.


Pada Isnin, mahkamah mendengar keterangan daripada rakan salah seorang individu yang membuat pendakwaan, di mana Mendy dituduh merogol wanita itu tiga kali di rumah agamnya di luar bandar Cheshire pada Oktober 2020.


Dia didakwa mengambil telefon wanita itu selepas pasangan itu berada di bilik air bersama.


Saksi memberitahu mahkamah: "Dia berkata lelaki itu sedang melihat gambar-gambarnya."


Bagaimanapun, apabila wanita itu meminta telefonnya kembali, Mendy didakwa memberitahu bahawa mangsa hanya boleh mendapatkannya semula jika menanggalkan pakaiannya.


Saksi itu menambah rakannya memberitahu Mendy kemudian melemparkan telefonnya ke atas katil.


"Apabila dia pergi untuk mendapatkannya, dia berkata lelaki itu datang di belakangnya dan memaksanya berada di atas katil dan cuba meletakkan kemaluan ke dalam duburnya.


"Dia beritahu dia berjaya melepaskan diri. Itu sahaja yang dia katakan," menurut saksi.


Perbicaraan kes rogol terhadap Mendy bersambung.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2022 04:50 PM | Show all posts
Habis begitu sahaja karier bola sepak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.182318 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list