CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 534|Reply: 0

Maut Disambar Petir Ketika Acara Larian

[Copy link]
Post time 23-8-2022 02:06 PM | Show all posts |Read mode
Seorang peserta acara larian di sebuah kawasan pergunungan di Greece maut dipanah petir, manakala seorang lagi peserta cedera, lapor akhbar Metro UK kelmarin.


Kejadian pada pagi kelmarin itu berlaku ketika kumpulan peserta menyertai acara perlumbaan Enam Puncak, yang melibatkan lokasi-lokasi tertinggi di Gunung Falakro, utara Greece.




Getty image




Mereka berada pada ketinggian kira-kira 1,341 meter  apabila petir menyambar kedua-dua mangsa.


Ketika kejadian, 55 pelari lain dikatakan telah tiba di garisan penamat, manakala berpuluh-puluh lagi peserta masih cuba menamatkan perlumbaan mereka yang berakhir di sebuah resort ski.


Dua pasukan bomba dikejarkan ke gunung tersebut bagi mendapatkan mangsa yang cedera iaitu lelaki berusia 56 tahun. Seorang peserta berusia 55 tahun pula meninggal dunia dalam insiden tersebut.


Mangsa yang cedera dibawa ke sebuah hospital di bandar Kavala di mana pihak berkuasa mengesahkan bahawa dia mengalami cedera parah.


Menurut laporan, cuaca cerah ketika perlumbaan bermula, namun kemudian bertukar kepada hujan lebat.


Acara larian sejauh hampir 37 kilometer tersebut bermula pukul 7 malam (waktu tempatan), Sabtu lalu di kampung Pyrgoi pada ketinggian  629 meter di atas gunung setinggi 2,232 meter tersebut.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.060683 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list