View: 1134|Reply: 10
|
Murid Paling 'Senior' Seronok Pergi Sekolah Dengan Anak
[Copy link]
|
|
Walau sudah menginjak usia 27 tahun, seorang wanita di Nepal tidak janggal apabila kembali menjadi murid sebuah sekolah di Sekolah Menengah Jeevan Jothi di Punarbas.
Parwati Sunar yang juga ibu kepada dua anak itu gigih meneruskan persekolahan selepas dia berhenti bersekolah kerana berkahwin ketika berusia 15 tahun, lapor Reuters.
 Reuters
"Saya gembira meneruskan persekolahan dan menganggap rakan sekelas sebagai anak," katanya.
 Reuters
Sunar yang berasal dari Punarbas sebuah kawasan di barat daya pergunungan Himalaya kini berada di gred tujuh.
"Saya tidak sepatutnya berhenti sekolah. Saya mendapat anak pertama ketika usia 16 tahun," katanya.
 Reuters
Anaknya, Resham, 11, gembira apabila dapat belajar bersama ibunya di sekolah sama kerana boleh makan bersama ketika sesi rehat.
Dua beranak itu juga akan menunggang basikal bersama untuk mengikuti kelas komputer di sebuah institut berhampiran.
"Kami akan berbual sepanjang perjalanan ke sekolah dan mendapat ilmu baharu menerusi perbualan," katanya.
 Reuters
Pengetua sekolah, Bharat Basnet berkata, Sunar seorang murid yang mempunyai keinginan tinggi untuk belajar.
Sunar menetap bersama rumah bata dengan berbumbung atap zink bersama dua anak dan ibu mentuanya.
Rutin harian mereka bermula dengan mengambil air dari perigi untuk mandi selain membela beberapa ekor kambing berhampiran rumahnya.
Suami Sunar bekerja sebagai buruh di bandar Chennai di selatan India, untuk menyara keluarga.
 Reuters
Mereka sekeluarga adalah dari etnik Dalit yang juga kasta paling rendah dalam sistem kasta Hindu.
Namun, Sunar berkata, dia dan keluarga itu tidak pernah berdepan layanan buruk daripada masyarakat setempat.
"Tiada sesiapa yang mendiskriminasi saya atau keluarga," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
bagus laaaa
dh ada peluang tu teruskan

|
|
|
|
|
|
|
|
Ni la budak2 sekarang suka sgt tiru..
Kawin awal jodoh lah, org lain jeles la..
Lepas dpt anak kang sekolah xkemana..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya.. tak terlewat untuk buat ape yang kita suka. Go girl! |
|
|
|
|
|
|
|
dari gambar nampak kesungguhan dia nak bersekolah... baguslah memang sepatutnya begini, sentiasa belajar ketika masih hidup, ada masanya akan datang manfaat |
|
|
|
|
|
|
|
Tak penah ada istilah terlewat untuk menuntut ilmu, dia pun bkn tua sgt baru 27 je pun.
Nampak cengkung maybe hidup dia yg susah, tp dia ada semangat nak belajar dan tahu kepentingan menuntut ilmu.
Gamaknya dulu kena benti sekolah sbb org tua yg suruh sbb nk kawenkan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm gambar, takda nampak beza sgt dr segi fizikal dgn schoolmates dia.
semoga Parwati dan anak2nya sama2 mencapai kejayaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Comel mak pakai baju sekolah semua... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah terlewat utk cari ilmu |
|
|
|
|
|
|
| |
|