CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 980|Reply: 11

Tak Setuju Dikata Kejam, Ameng Kata Dengan Sebatanlah Dia Jadi 'Orang'

[Copy link]
Post time 23-8-2022 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Vokalis kumpulan Spring, Ameng terpaksa menanggung kesakitan dan keperitan ketika menjalani hukuman sebat, namun ia berjaya mengubahnya menjadi lebih baik.


“Memang sangat sakit, tidak terperi. Banduan juga tidak diberikan sebarang rawatan selepas sesi sebatan. Memang ramai banduan tidak bersetuju dan berpendapat hukuman itu keterlaluan serta kejam.




IG Ameng




“Tetapi, saya tidak melihat hukuman sebat sebagai sesuatu yang kejam. Ia boleh mengubah seseorang ke arah lebih baik. Kita perlu berdepan hukuman yang berat untuk berubah,” katanya kepada Utusan Malaysia.


Penyanyi yang popular dengan lagu Bourgenvilla dan Sampai Hati dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas kesalahan penyalahgunaan dadah oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 2011.


Dia bagaimanapun, dibebaskan pada 14 Jun 2016 selepas berkelakuan baik.




IG Ameng




Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berpandangan, kaedah sebatan mengikut undang-undang Islam lebih sesuai dilaksanakan di negara ini, berbanding hukuman sebat yang diguna pakai sekarang.


Beliau menyifatkan, hukuman sebatan yang diguna pakai ketika ini dilihat terlalu kejam, keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.


Justeru, pihaknya bersama dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji hukuman alternatif bagi menggantikan hukuman itu dan pindaan mengenainya akan dibentang ke Parlimen pada sesi Dewan Rakyat, Oktober depan.


Mengulas perkara itu, Ameng berpendapat, hukuman seperti sebat perlu dikekalkan untuk memastikan penjenayah tidak mengulangi kesalahan mereka, terutama selepas menjalani hukuman ringan.




IG Ameng




“Kadang-kadang, hati orang yang terlibat dengan jenayah ini keras. Apabila ditegur dan diberikan nasihat, tidak jalan. Hukuman berat boleh membuatkan mereka sedar supaya tidak mengulangi perbuatan jenayah itu.


“Saya dulu, kali pertama ‘kantoi’, saya tidak insaf, tetap buat jenayah. Tetapi, apabila kena sebat, baru insaf,” katanya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2022 01:41 PM | Show all posts
kalau rasa sebatan nih terlalu kejam, keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan, janganlah cari pasai. bukannya kau tengah tengok tv makan kuaci dengan aman, tetiba dorang datang sebat
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 02:00 PM | Show all posts
dah kena sebat pon ramai aje ngulang jadi setan
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
seram aku tengok sebatan tu, insaf terus
harap terus dipelihara dari hukuman
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin lama makin nyanyuk wan junaidi... penjenayah pulak yg diberi keselesaan..nk melingkup ke malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 03:19 PM | Show all posts
Sebat jelah. Itu je cara.

Sesapa yg melakukan kesalahan dihukum sebat. Kalau denda semua boleh bayar. Adalah kenangan kat bontot masing2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2022 03:25 PM | Show all posts
nak sebat pun bukan main sebat je kan? tangan tu nak kena angkat tinggi mana, tukang sebat tu berdiri kat mana, sume amik kira kan?

ot sikit: nampak kurus sikit heolss
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Thanks Ameng sbb menyokong..iolls penah g kursus tgk cara sebatan ni buat, yes mmg kuat..ade byk faktor mcm komen kt atas ni..plus bkn la 5 sebatan tu buat sekaligus..gila robek la cmtu..kalo pengsan diorg xkan sambung, depends pada arahan dr..so simpan ke hr lain..tp pandai buat jahat pandai la tanggung..kalo da kes rogol nk kurgkn sebat, nnt keluar same jgk xinsaf..so baik sebat sebyk yg mungkin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2022 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Penjenayah makin dimanjakan.


Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
So maksud dia sebatan cara kafir lebih baik daripada sebatan cara islam?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
10 sebatan? Allah mmg sakit sgt tu.
Patutlah ameng insaf.
Org lelaki bukan jenis tahan sakit mcm perempuan.
Lagipun sebatan ni sakit yg berpanjangan juga selagi luka tak sembuh. Sakit beranak pun tak panjang2 gitu, kuar je baby terus hilang sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 24-8-2022 07:15 AM
So maksud dia sebatan cara kafir lebih baik daripada sebatan cara islam?

Sebatan cara islam cemana? Kira tak sekejam cara  yg selama ni digunakan ke?

Atleast bila dorang tgk parut kat punggung tu pikir byk kali nk wat jenayah lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.063106 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list