View: 649|Reply: 1
|
Diterkam, Diseret Dan Dibaham Harimau- Suami Trauma Tengok Isteri Mati Depan Mata
[Copy link]
|
|
PEKANBARU: Seorang lelaki berdepan detik hitam apabila menyaksikan isterinya diterkam dan diseret harimau Sumatera dalam satu kejadian, di Pelalawan, Riau.
Lapor Kompas.com, mangsa yang bekerja dengan syarikat perhutanan, PT Peranap Timber di Kampung Pulau Muda, maut selepas dibaham haiwan ganas itu.
Jurucakap polis Riau, Sunarto mengesahkan insiden itu dan memaklumkannya berlaku pada 19 Ogos lalu.
 Foto: Agensi
Katanya, mangsa dikenal pasti sebagai Seha Sopiana Br Manik, berusia 44 tahun dan berasal dari Sumatera Utara.
“Mangsa ditemukan dalam keadaan sudah meninggal dunia selepas dibaham harimau di dalam hutan.
“Ketika kejadian, mangsa sedang melakukan tugasnya sebelum seekor harimau tiba-tiba muncul di belakangnya, lalu menerkam wanita itu.
“Kejadian itu disaksikan oleh suaminya yang terus menjerit ke arah harimau tersebut sebelum haiwan ganas itu menyeret mangsa ke kawasan semak,” katanya.
Kemudian, suami mangsa cuba mengekori jejak harimau itu dan menemukan isterinya dalam keadaan parah, namun dia dan penduduk kampung tidak berani mendekati mangsa kerana bimbang diperhatikan harimau tersebut.
Keesokan harinya, suami mangsa mencarinya di dalam hutan dan menemukan mayatnya dengan kesan kecederaan parah di bahagian muka dan kepala. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
aduii boleh pulak ko tinggal je esok dtg balik dah mati bini ko. aiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|