CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 724|Reply: 4

Dari RM40 Kepada RM160, Peniaga Tertekan MPM Naikkan Sewa Gerai 4 Kali Ganda

[Copy link]
Post time 23-8-2022 12:33 PM | Show all posts |Read mode
SITIAWAN – Peniaga Pasar Awam Sitiawan di sini memohon Majlis Perbandaran Manjung (MPM) untuk menurunkan harga sewa gerai perniagaan yang dinaikkan dari RM40 kepada RM160 sebulan bermula Jun lalu.


Menurut wakil peniaga, Norehan Yaakob, 57, berkata, kenaikan itu membebankan kira-kira 100 peniaga di sana memandangkan mereka tidak mampu kadar sewa yang naik mendadak tersebut.


Foto: Kosmo




“Kami terkejut dengan kadar sewa dikenakan ini. Ramai yang tak mampu nak bayar kerana kebanyakan peniaga di sini hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM500 sehari secara purata.


“Duit itulah nanti yang akan digunakan untuk menyediakan produk perniagaan bagi keesokan harinya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Seorang lagi wakil peniaga, Beharom Mt. Hashim berkata, selain masalah kenaikan harga sewa gerai, pelbagai lagi isu yang membelenggu golongan peniaga di sana.


Menurutnya, antara masalah tersebut temasuklah keadaan pasar itu yang kotor akibat tidak dibersihkan kontraktor sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencucinya sendiri.


“Saya pun tak tahu waktu kontraktor cuci pasar ini. Ada masanya longkang ini tersumbat sehingga kami perlu angkat penutup longkang dan mencucinya sendiri.


“Itu tidak termasuk najis-najis haiwan seperti kucing dan anjing di pekarangan pasar ini. Tiada orang lagi yang mencucinya selain kami sendiri,” katanya.


Selain itu, ujarnya, ketiadaan tempat letak kereta yang khusus bagi peniaga turut menyusahkan golongan berkenaan kerana ia menyebabkan mereka disaman pihak berkuasa.


Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka, Teoh Yee Chern berkata, MPM perlu mempertimbangkan semula kadar sewa yang dikenakan kepada peniaga kerana mereka masih dalam fasa pemulihan ekonomi.


“Kita tidak mahu sewa yang naik empat kali ganda atau 300 peratus ini menekan golongan peniaga. Rata-rata mereka terkesan dengan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.


“Diharapkan pihak majlis perbandaran mengambil satu pendekatan agar sebarang keputusan yang dibuat berkaitan hal ini tidak menjejaskan periuk nasi peniaga kecil di pasar ini,” katanya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikk..bukan agenda jihad inflasi ialah turunkan kadar sewa premis perniagaan??
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2022 05:09 PM | Show all posts
sedih aje muka acik ni tabahlah ya acik
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat atas kata naik 160 sebulan. Peniaga kata income sehari 500..

X kan 160 sebulan pon x mampu klu nk banding income sehari 500? Ke aku yg salah paham?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 24-8-2022 03:40 AM
Kat atas kata naik 160 sebulan. Peniaga kata income sehari 500..

X kan 160 sebulan pon x mampu klu  ...

Bukan untung 500 sehari..
Tp jualan sehari..
Tak tolak modal bahan basah esok, gaji pekerja, bil, sewa, dsb..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.069406 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list