View: 614|Reply: 2
|
Kes Pertama Cacar Monyet Dalam Kalangan Kanak-Kanak
[Copy link]
|
|
BANDAR RAYA NEW YORK – Jabatan Kesihatan Negeri New York melaporkan kes pertama cacar monyet dalam kalangan kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun, lapor laman RT kelmarin.
Bagi melindungi privasi keluarga pesakit, hanya sedikit butiran didedahkan dalam laporan mengenainya yang disiarkan Jumaat lalu. Laporan itu turut meliputi situasi jangkitan cacar monyet di Amerika Syarikat (AS) pada minggu berakhir Rabu lepas.
Menurutnya, kanak-kanak itu tinggal di luar Bandar Raya New York yang menjadi lubuk jangkitan cacar monyet di AS.
 Foto: Shutterstock
Sembilan kes lain melibatkan kanak-kanak turut dilaporkan di seluruh AS.
Wabak cacar monyet sebahagian besarnya menjangkiti lelaki gay dan lelaki berbilang pasangan seks.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) melaporkan pada minggu lalu bahawa 99 peratus pesakit cacar monyet adalah lelaki dengan 94 peratus daripada mereka melakukan seks sejenis.
Daripada 2,744 penduduk negeri New York yang telah dijangkiti, kira-kira 16 orang adalah wanita dan 48 lagi wanita transgender.
Bandar Raya New York menjadi pusat penularan cacar monyet di AS sejak Julai lalu.
Sementara itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus mengisytiharkan cacar monyet sebagai Darurat Kecemasan Kesihatan Awam Antarabangsa pada bulan lalu.
Tiada kematian yang dikaitkan dengan wabak cacar monyet di AS setakat ini. Penyakit bawaan virus itu menyebabkan lepuh yang menyakitkan tetapi tidak membawa maut secara umumnya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
means budak2 ni pon gay ke acane |
|
|
|
|
|
|
|
memang kejam pemerintah kulit putih ni, sanggup bersubahat dengan freemasob illuminiti zionist mencipta virus2 pembunuh demi menjayakan agenda2 new world order mereka yang salah satunya ialah membunuh seluruh umat manusia dan menyisakan hanya 7% manusia di dunia. Patut la kerja berperang saja kulit putih ni masa zaman dulu2 sesama mereka lak tu. Rupanya2 ada agenda jahat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|